Thursday, August 20, 2009

Pertandingan Kawad Kaki Terbuka UiTM (PERKAD 2009) dan Perbarisan SAF 2009

Tanggal 16 Ogos 2009 (Ahad)..

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kompeni F Kesatria) telah menghantar wakil daripada para pelajar FKPM Semester 1 mengikuti Pertandingan Kawad Kaki Terbuka UiTM (PERKAD). Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ucapan tahniah kepada Fakulti Kejuruteraan (Kompeni A) yang telah menjuarai PERKAD buat kali ini.

Walaupun FKPM (Kompeni F) gagal membawa pulang sebarang hadiah kejayaan, tetapi anda sudah melakukan yang terbaik untuk fakulti dengan latihan hanya dalam masa kurang dua minggu berbanding kompeni lain yang sudah bersedia lebih awal. Tahniah juga di atas usaha tersebut, penat jerih yang berbayar dengan satu pengalaman yang tidak mungkin mudah dilupakan begitu sahaja. Terima kasih juga kepada para komander Kompeni F yang banyak membimbing kami selama ini. Jasamu tetap dikenang selalu!!



Tanggal 26 Julai 2009 (Jumaat)

Stadium UiTM pd malam ini bermandikan limpahan cahaya dan kegemilangan apabila telah berlangsung Majlis Perasmian Sukan Antara Fakulti (SAF) 2009. Turut dilangsungkan pada malam berkenaan adalah Pertandingan Perbarisan SAF dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) tidak ketinggalan menyertai pertandingan tersebut.

Sebilangan besar peserta yang mewakili FKPM merupakan pelajar baru semester satu yang menyertai ko-kurikulum Kesatria Negara. Untuk makluman, pertandingan perbarisan SAF untuk tahun ini telah dijuarai oleh Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA). Tahniah diucapkan!

(Artikel yg sebenar telah terpadam oleh pengarang blog, jd sumber dipetik dr MASSA..harap maklum)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers