Tuesday, July 21, 2009

Salam Pembukaan Merapatkan Ikatan..

Tanggal 21 Julai 2009 (Selasa)
Salam pembukaan blog keazaman ku utk semua..

Aku rasa aku sudah pun bersedia utk brkongsi segala yg trsimpan di dalam benak hati dan fikiranku kpd sesiapa yg sudi mbaca dan menyelami hati insan ini..tetapi aku hanya akan brcerita kisah dan prjalanan hidupku brmula detik pengajianku di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yg tersergam indah di Shah Alam ini,kisah lalu ku biarlah aku simpan sbg kenangan dan memori yg mampalitkan pelbagai warna,membaurkan dan merencahkan sejuta rasa dlm kehidupanku,cukup nokhtah nya smpai di situ..

Tetapi,berada di UiTM Shah Alam ini sbg seseorang yg ditauliahkn sbg mahasiswa yg mengikuti program Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Kepujian) (Penyiaran),aku dpt merasakn bahawa satu fasa baru dlm kehidupanku baru sahaja bermula,detik yg benar2 mncabar kreadibiliti ku sbg seorg yg pernah brgelar pelajar sblm ini..dua prkataan yg brbeza,"pelajar" dan "mahasiswa",jurang prbezaan yg sgt ketara bg ku..keserasian yg hanya dpt dicapai setelah seseorg itu mngalami nya sndiri..

Tidak spt mahasiswa lain yg brsama aku semasa hari pndaftarn di kolej yg diberi nama yg cukup gah dan teguh,Kolej Meranti,kbanyakan mereka pernah mngalami kehidupan tinggal di asrama sblum ini,aku merasakn diriku ckup kerdil ketika itu..perasaan ku amat brcampur baur..antara sedih dan gembira..prkara yg plg aku risaukn adalah utk meninggalkn ibuku yg hanya bakal dtemani oleh seorg kakakku dan adikku di rumah..hal ini kerana sebagai satu2 nya insan yg brnama lelaki yg tinggal di dlm keluarga ku setelah aku kehilangan ayahku yg kmbali mnyambut seruan ilahi pd pagi jumaat bulan ramadhan yg hampir sahaja menyingkap tirai syawal pd tahun 2000,aku merasakan tanggungjawab yg bakal aku pikul ini amat berat setelah memasuki ke alam menara gading ini..

Setelah mngucapkan salam prpisahan kpd ibuku yg sudi mghantarku dgn penat dan sabar nya pd tanggal 27 jun 2009 utk melihat ku berjaya menjejak kan kaki ku ke bumi UiTM ini,hati ku terus menjadi sebak,mengenang kn jasa dan pengorbannya yg terlampau byk,brjuang demi rezeki kpd ku utk trus hidup di atas muka bumi ini menjadi insan yg berjaya,insyaallah..tidak trdetik sedikit pn di hatiku ini utk mengapai kejayaan yg setinggi ini dlm kehidupanku setelah pelbagai onak dan cabaran yg prnah aku dan kelurga ku lalui selama ini..terima kasih ibu,doa dan restu mu tidak brpenghujung,jasamu tidak trbalas,keringatmu tidak terbayar hanya kejayanku nanti yg bakal mnjadi hadiah yg plg brmakna dan brkesan bg mengubat kehidupanmu yg lara sebelum ini..

Aku sudah pun menetapkan azam,seteguh namaku yg diberi sejak aku dilahirkan ke dunia ini..untuk berjuang dan melakukan sebuah anjakan paradigma dlm hidup keluargaku satu hari nanti,menjadi graduan yg berjaya,pengharapan yg penuh bermakna..dinanti penuh kesabaran,dgn berbekalkan usaha..insyaallah...

Aku akan terus mnceritakn kisah hidupku brmula dr detik ini yg akan ku coretkan di dlm blog keazaman ini lg nanti..jika cerita itu boleh dikongsikn kpd semua warga siber..


salam perkenalan...
shahrul azam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers