Thursday, October 29, 2009

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-71 (Sidang ke-17)

Tanggal 26 Oktober 2009 (Isnin)

Pagi itu saya bangun awal,tidak seperti selalu saya bangun lambat kerana tiada kelas.. arrggghhh..saya hanya mengikut rakan saya iaitu Arie berkonvo pd hari tersebut..pada mula nya hati saya agak berat untuk pergi pada pagi tersebut tetapi hati saya berbaur gembira dan keriangan kembali setelah mendapat satu khabar berita..aku senang apabila melihat abg Fayadh menjadi "main emcee" pd hari tersebut..abg Fayadh sgt bagus,saya ingin jd emcee sepertinya 1 hari nanti,insyaallah!!huhu..saya hadir bersama sama Salma menonton sidang konvokesyen tersebut dari dalam Dewan Annexe,UiTM melalui kad jemputan untuk 2 org yg telah diberikan oleh Arie pada hari tersebut...terima kasih Arie!!huhu..saya juga gembira dan bangga melihat rakan saya Arie berjaya naik ke atas pentas serta mengenggam segulung diploma daripada Pro Canselor UiTM dalam bidang Pengurusan Pejabat..tahniah ye Arie!! selesai acara, kami pun mengambil peluang untuk bergambar beramai ramai..aku juga menumpang untuk bergambar dengan jubah diploma konvokesyen..huhu..

GAMBAR SEMASA KONVOKESYEN SIDANG KE - 17




Sunday, October 25, 2009

Pelancaran Buku "Hari Ini Dalam Sejarah UiTM"

Tanggal 23 Oktober 2009 (Jumaat)

Satu majlis pelancaran buku "Hari Ini Dalam Sejarah UiTM" telah diadakan di Dewan Auditorium, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam..majlis yg penuh meriah anjuran pelajar pelajar semester tiga jurusan Penyiaran, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) itu telah selamat disempurnakan serta dirasmikan pelancaran bukunya oleh Yang Berhormat Naib Canselor UiTM sendiri iaitu Tan Sri Dato Sri Professor Dr Ibrahim Abu Shah dengan diiringi Dekan FKPM, Professor Madya Dr Mohd Adnan Hashim..majlis pelancaran yang diketuai oleh Presiden Kelab Penyiaran, saudari Maisarah Atan telah diisi dengan pelbagai slot persembahan nyanyian dari Naib Canselor, Dekan FKPM, pelajar semester tiga, persembahan tarian, pantun, tayangan video dan lain lain lagi..

Antara penonton yang hadir..

Persembahan tarian melayu yang pelbagai..

Pengacara majlis pada malam tersebut...

Presiden Kelab Penyiaran, saudari Maisarah Atan memberikan ucapan alu aluan..

Perasmian & pelancaran buku "Hari Ini Dalam Sejarah UiTM"...

Dekan FKPM membuat persembahan nyanyian..

Naib Canselor UiTM turut menyampaikan sebuah lagu pd malam tersebut..

Pesta berbalas balas pantun oleh pelajar semester tiga penyiaran..

Persembahan Akustika "Mimpi - Berat"

Tanggal 18 Oktober 2009 (Ahad)


Satu persembahan akustika dan puisi "Mimpi - Berat" telah diadakan pada jam 8 malam bertempat di Laman Budaya, Galeri Shah Alam..persembahan anjuran Paradoks itu sebelum ini juga telah mengambil tema yg sama iaitu "Mimpi - Dunia Gelap"...persembahan yg berakhir kira kira jam 11 malam tersebut telah diisi dengan pelbagai persembahan sketsa, puisi dan muzikal...



Antara barisan penonton pada malam tersebut..






Antara seleksi persembahan pada malam tersebut..

Saya juga sempat juga menonton pada malam tersebut...

Friday, October 16, 2009

UiTM Animation Event 2009

ANIMATION TALK AND EXHIBITION...


Tanggal 14 Oktober 2009 (Rabu)

Bertempat di Dewan Kuliah 1 & 2 satu Animation Event anjuran pelajar pelajar jurusan Penyiaran semester 3 FKPM telah berlangsung dengan jayanya dan meriah dengan penglibatan oleh ramai tetamu termasuk tetamu yg dijemput khas pd hari tersebut iaitu pihak "Les Copaque".. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Animation Talk 'Perkembangan Industri Animasi Tanah Air'..antara aktiviti lainnya, pelbagai pameran serta gerai berkenaan animasi yg mengambil tema 1 Malaysia telah dibuka pd hari tersebut bermula dr jam 2 petang sehingga jam 6 petang..

Diharap dunia serta industri animasi di Malaysia tidak akan terus terkubur dengan aktiviti yg membangkitkan rasa minat dan kecenderungan kpd anak anak muda utk menceburi bidang ini di samping mencungkil bakat bakat baru dlm dunia animasi tempatan supaya lebih bersaing ke peringkat antarabangsa satu hari nanti!!

KOLEKSI GAMBAR - ANTARA "BOOTH ANIMATION 1 MALAYSIA" YG DIBUKA PADA HARI TERSEBUT..







Laporan disediakan oleh : Azam (MC223/1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers