Sunday, July 10, 2011

UiTM Pertahan Status - Selaku Juara Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011



SKUAD UiTM dinobatkan selaku juara Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011 di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.
UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) berjaya mempertahankan kejuaraan setelah menewaskan Kolej Komuniti Kedah menerusi sepakan penalti 5-4 pada aksi final kejohanan bola sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011 di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.

Perlawanan penuh dramatik itu berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada 90 minit masa sebenar disusuli 30 minit masa tambahan.

Pada penentuan sepakan penalti, kedua-dua pasukan terpaksa mengambil sehingga tujuh sepakan.

Sepakan pertama UiTM menerusi Hidayat Kamaruddin terkena palang manakala sepakan keenam oleh Amiridzwan Taj diselamatkan penjaga gol KK Kedah, Muhaimin Mohamad.

Tuesday, July 5, 2011

Seminar Memperkasakan Generasi Muda (SMGM) di UiTM Shah Alam - Coretan Seorang Mentor



Pasti ramai yang tertanya - tanya apakah Seminar Memperkasakan Generasi Muda ini??tiba - tiba ada dalam entri blog Azam Reddy pada kali ini..huhu..jangan terkejut..Azam sebenarnya sedang mengikuti program ini selama lebih kurang 1 minggu di UiTM Shah Alam..maknanya Azam berkampung kembali di Shah Alam setelah bertapa sekian lama tanpa berbuat apa - apa di Seremban...Ringkasannya program ini umpama program Mentor - Mentee..kita sebagai Mentor membantu dan membimbing pelajar - pelajar dari sekolah menengah yang bakal menduduki SPM atau STPM merasai kehidupan di dunia kampus..jika sebelum ini dilakukan di UPM dan UTHM, kali ini IPTA terbesar di Malaysia iaitu UiTM telah terpilih sebagai tuan rumah bagi sesi penganjuran kali ini...maklumat lebih lanjut baca sehingga habis entri kali ini ya..

Sunday, July 3, 2011

Syabas Skuad Kebangsaan Mara Bertemu Singapura!!


K. Rajagobal mendakap Aidil Zafuan Abd. Razak yang berjaya menjaringkan gol pertama skuad negara pada pertemuan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan di Taipei, malam tadi. Malaysia tewas 2-3 tetapi terikat 4-4 secara agregat yang melayakkan Harimau Malaya ke pusingan kedua berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan

KUALA LUMPUR - Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan sekalipun tewas 2-3 kepada Taiwan, semalam.

Dengan agregat yang terikat 4-4, dua gol yang dijaringkan di Stadium Perbandaran Taipei sudah cukup untuk meletakkan skuad Harimau Malaya menempah pertemuan seterusnya dengan Singapura pada 23 Julai ini.

Anak-anak buah Datuk K. Rajagobal bakal menentang pasukan jiran di Singapura dalam aksi awal manakala perlawanan kedua dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai ini.

Perlawanan semalam, menyaksikan skuad senior kebangsaan tumpas buat pertama kali sejak menjuarai Piala Suzuki AFF pada tahun lalu.

Kekalahan itu wajar dijadikan satu pengajaran berguna buat barisan pemain Malaysia memandangkan lawan yang bakal mereka tentang selepas ini bukan calang-calang pasukan.

Ketika ditemu-ramah oleh Astro Arena, Rajagobal berkata, walaupun skuad kebangsaan berjaya ke pusingan kedua, namun, beliau masih tetap tidak berpuas terhadap persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya.

Tahniah Juara Imam Muda Musim 2 Hassan!!



KUALA LUMPUR: Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza (Hassan), 26, dinobatkan sebagai juara program pencarian Imam Muda musim kedua (IM2) selepas mengetepikan Nazrul Izwan Zolkiflee (Nazrul), 26, pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah, di sini, Jumaat.

Menurut Mudir (Pengetua) Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz yang mengetuai penjurian dua finalis tersebut, Hassan dipilih sebagai pemenang berdasarkan prestasi yang konsisten dan sahsiah diri yang menyenangkan.

“Sebenarnya markah penilaian antara Hassan dan Nazrul tidak jauh berbeza. Cuma Hassan mempunyai kelebihan lima markah saja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers