Sunday, January 10, 2016

Selebriti Pilihan Reddy Bulan Januari 2016 - Azrel Ismail


Selebriti seterusnya yang dipilih untuk menghiasi ruangan "Selebriti Pilihan Reddy Bulan Ini" Ruangan ini asasnya bagi mengetengahkan bakat baru dalam industri. Jadi jom kita baca selebriti pilihan kali ini bagi bulan Januari 2016.

Membuka tirai 2016, nama yang diberi buat jejaka kacak ini ialah Azrel Ismail. Beliau dilahirkan pada 16 Januari 1984 dan bakal menganjak usia 32 tahun. Dengan raut wajah yang tampan, beliau memulakan tapak kerjaya seni beliau dengan memenangi Naib Juara dalam pertandingan "Pencarian Akhir Kacak Bergaya 2011". Wajah beliau mula menghiasi kaca TV dengan drama dan filem. Antara filem yang menampilkan beliau adalah 99 Kali Rindu, Laki - Laki dan lain - lain lagi. Drama lakonan beliau pula antaranya Cinta Buat Emelda, Fajar Di Bukhara, Memori Cinta 3, Takdir Cinta, Syurga Nur dan Oscar I Miss U, Si Montel dan beberapa telemovie seperti Nasi Ayam Duda, Apam Lemak Manis, Jangan Ambil Anakku dan banyak lagi.


Pemuda kelahiran Taiping, Perak ini mempunyai latar pendidikan dari Taylor College, Official Sidney Campus. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Pemasaran di sebuah hotel selama 8 tahun. Baru - baru ini Azrel Ismail terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah "EH Top 20" oleh majalah terkemuka EH. Azrel turut tercalon dalam pencalonan awal bagi Anugerah MeleTOP ERA 2016 bagi kategori "Artis Baru Meletop". Bakat anak muda ini akan terus menyinar dan itu telah membuatkan beliau telah terpilih sebagai "Selebriti Pilihan Reddy Bulan Januari 2016" pada kali ini. Tahniah Azrel Ismail, semoga terus sukses dalam industri seni Malaysia!!


Instagram : @azrelismail
Twitter : @azrelismail
Facebook : Azrel Ismail

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...