Wednesday, June 8, 2011

"X-Men : First Class" Filem X-Men Terbaik!!



Bagi peminat setia animasi X-Men, pasti anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan watak - watak mutan kegemaran anda direalisasikan di layar perak, bermula dari X-Men The Movie, X2 : United, X-Men : The Last Stand, X-Men Origins :Wolverine sehinggalah yang terbaru X-Men : First Class yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam..filem arahan pengarah Matthew Vaughn dibarisi kebanyakan pelakon muda dan baru antaranya James McAvoy, Michael Fassbender dan Jeniffer Lawrence..






Filem X-Men : First Class ini merupakan prequel kepada filem - filem X-Men yang sebelumnya apabila mutan - mutan mula berani untuk menonjolkan diri mereka di khayalak ramai..filem ini juga punya plot yang sangat kemas dan tersusun, jalan ceritanya sangat menarik untuk ditonton kerana penuh dengan debaran dan aksi..menyorot kembali bagaimana asal isu mutasi menjadi sebutan, sebelum kedua-dua kuasa besar dalam dunia mutan bermusuhan, Professor X dan Magneto pernah menjadi kawan baik dan rapat ketika di usia muda mereka. Nama sebenar Professor X pada asalnya sebelum mula berkerusi roda dan berkepala botak adalah Charles Xavier manakala nama sebenar Magneto pula adalah Erik Lehnsherr. Pertelingkahan antara mereka mula tercetus apabila kedua-dua mereka tidak punya fahaman dan pendapat yang sama ketika sedang berusaha menyelamatkan bumi dari serangan bom nuklear antara dua buah kuasa besar dunia, Amerika dan Rusia..




Peperangan nuklear tercetus angkara perbuatan dan niat jahat Hellfire Club yang ingin menakluki dunia daripada genggaman manusia..Hellfire juga merupakan musuh ketat terutama kepada Erik Lehnsherr (atas dendam beliau semasa kecil) serta dibantu Charles Xavier dan rakan mutan lain yang direkrut..semasa kedua - dua mereka di usia muda, persahabatan telahpun terjalin dengan beberapa orang mutan lain yang turut mempunyai kuasa luar biasa melalui proses mutasi..setelah perbalahan tercetus, Charles Xavier menubuhkan X-Men dan menukar namanya kepada Professor X setelah kaki beliau lumpuh, manakala Erik Lehnsherr menubuhkan Brotherhood Of Mutants dan menukar nama mutannya kepada Magneto..Bermula dari situlah, dua seteru utama mutan sejagat saling berbalah antara satu-sama lain. dengan misi mereka yang tersendiri dan bertentangan antara satu sama lain..

P/S: Kepada peminat setia filem X-Men, jangan lepaskan peluang menonton filem ini..memang antara yang terbaik dalam tahun ini!! 4.5 bintang daripada 5 bintang...weeeeeee~ ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers