Tuesday, June 14, 2011

SKKM / MCMC Sekat 10 Website Filesharing Di Malaysia



Berita ini mungkin agak sudah lama untuk dikongsikan bersama tetapi ianya menjadi antara isu dan topik yang hangat diperkatakan dalam bulan ini..isunya 10 website filesharing iaitu laman web perkongsian data sama ada dimuatnaik atau dimuatturun, (terkecuali adalah MEDIAFIRE) bakal diblock penggunaannya di Malaysia.. agak panas isu ini...


Daripada sumber sahih yang didengari dan diperolehi, pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) atau MCMC (Malaysian Communications and Multimedia Commission) sudah mengarahkan kesemua ISP (Internet Service Provider) untuk menyekat atau 'block' penggunaan laman web yang telah disenaraikan oleh kerajaan Malaysia atau tindakan ke atas meraka semua akan segera diambil dan dibawa ke muka pengadilan.. Walaupun beberapa laman itu masih boleh diakses atau ditembusi masuk, namun ianya akan disekat juga penggunaannya dari semasa ke semasa.. Setakat ini, dikhabarkan hanya syarikat perkhidmatan internet P1 sahaja yang sudah mengikuti perintah SKMM/MCMC itu...yang lain, mungkin selepas ini akan menyusul mengikut tuntutan dan perintah kerajaan tersebut...

P/S : Entah laa..kononnya tindakan seumpama ini dilakukan gara - gara berlakunya masalah cetak rompak digital yang sedang berleluasa pada masa ini (download filem dan muzik percuma).. tapi, pada pandangan Azam, sekiranya laman web yang menawarkan cetak rompak digital ini disekat sekalipun oleh kerajaan, bagaimana pula dengan masalah atau gejala cetak rompak yang masih aktif di pasar malam dan lorong - lorong gelap secara haram dan terang - terangan? macam takkan selesai pun masalah ni..errmm.. fikir - fikir la sendiri ok..janji hepi..weeeeeeee~

2 comments:

  1. really??luckily 4shared.com is not listed..HAHA..

    ReplyDelete
  2. yup...selalu gak download lagu baru n MV kat 4shared tu...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers