Sunday, June 12, 2011

Konsert Akhir AF9 : Tahniah HAZAMA Juara AF Terakhir!!





Konsert Akhir Akademi Fantasia 9 yang diadakan secara terbuka di Dataran Putrajaya kali ini dimeriahkan dengan kehadiran 4 org pengacara yang pernah mengemudi AF sebelum ini iaitu Aznil, Sarimah, AC Mizal dan Jimmy Shanley..malam ini dimulakan dengan persembahan pembukaan dari juara AF1 dan AF2 iaitu Vince menyampaikan lagu "Bunyi Gitar" dan Zahid mengembalikan kenangan menerusi lagu "Che' Mek Molek"..finalis pertama yang membuka gelanggang pada malam ini adalah LENA dengan lagu 'cover version' nyanyian asal kumpulan Bunkface iaitu "Dunia"..kemudian persembahan diteruskan dengan AZRI bersama lagu single terbaru beliau iaitu "Niskala"..









Mawi Juara AF3 mengembalikan kenangan AF menerusi lagu "Nour El Shams" dan Juara AF8 Shahir tidak dapat membuat persembahan kerana kecederaan tangan yang beliau alami...pentas akhir AF9 terus dihangatkan dengan persembahan finalis berikutnya iaitu FINA dengan lagu single beliau "Menangis Lagi"..HAZAMA tampil bertenaga dengan lagu cover version daripada Tomok iaitu "Pukau" bersama gimik Lisa Surihani tampil di akhir persembahan beliau..selesai pusingan pertama, pentas akhir AF9 berehat seketika dengan dendangan lagu dari bintang AF9 yang telah tersingkir awal bermula dengan Nera bersama single terbaru beliau "Hatimu Milikmu" dan kesemua mereka dengan lagu "Dendang Remaja" dan "Ah Rindu Lagi"..Erul muncul dengan kejutan 'flying fox' ke pentas utama dengan lagu single beliau bertajuk "Legasi Cleopatra"..


Kemudian Juara AF4 iaitu Faizal yang setelah sekian lamanya tidak muncul dalam industri seni tanah air kita dengan lagu beliau "Pelangi Petang" manakala Hafiz Juara AF7 mendendangkan lagu inggeris berjudul "I Believe I Can Fly"..finalis AF9 LENA memulakan pusingan kedua dengan single baru beliau berjudul "Sisa Kisah Kita" bersama kejutan Shaheizy Sam bermain piano dan AZRI pula dengan lagu dendangan asal Slank "Ku Tak Bisa"..Juara AF5 Mila muncul menghangatkan malam ini dengan lagu "Pudar" dan Stacy selaku Juara AF6 dengan lagu "Makhluk Tuhan Paling Seksi"..



Finalis AF9 FINA meneruskan pertempuran pada malam ini dengan lagu dendangan asal Jaclyn Victor iaitu "Satu Harapan" dan HAZAMA menjadi penutup saingan finalis AF9 dengan lagu single beliau "Cinta Teragung"..kegemilangan zaman rock kapak dikembalikan menerusi Pengetua AF9 Amy Search dan kumpulan Search bersama keempat - empat finalis AF9 dengan seleksi lagu kumpulan Search...menutup senarai persembahan pada Konsert Akhir AF9, lagu keramat Akademi Fantasia iaitu "Menuju Puncak" ciptaan Aubrey Suwito dipersembahkan seperti biasa oleh finalis AF9 buat terakhir kalinya..

Keputusan penuh AF9 pada malam ini diteruskan oleh pengacara tetap AF iaitu Aznil Hj Nawawi :

Juara AF9 : HAZAMA
Naib Juara : LENA
Ketiga : FINA
Keempat : AZRI

* Pilihan Terbaik Azam Konsert AF9 Akhir
1) HAZAMA
2) FINA
3) LENA
4) AZRI

P/S : Tahniah kepada semua pemenang AF 9 yakni musim yang terakhir pada kali ini..selepas ini tiada lagi "Menuju Puncak" di halwa telinga anda...hehe..Satu Harapan Satu Tujuan Satu Destinasi, Mengubah Impian Menjadi Realiti..weeeeeeee~ ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers