Tuesday, October 13, 2009

Kolokium Kritikan Media Ke - 21

"MEDIA SEKARANG GAGAL MENDIDIK MASYARAKAT"



Tanggal 10 Oktober 2009 (Sabtu)

Pada hari Sabtu yang lalu, bertempat di Dewan Kuliah A, Fakulti Kejuruteraan Awam, Menara S&T, UiTM Shah Alam telah dianjurkan satu program Kolokium Kritikan Media oleh para pelajar tahun akhir jurusan Kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM. Kolokium yang terbuka untuk semua itu bermula seawal jam 8 pagi dengan ketibaan para tetamu menjamu selera dengan sarapan pagi yg telah disediakan di ruang legar Foyer S&T..para tetamu kemudiannya masuk memenuhi Dewan Kuliah A utk sesi kolokium dimulakan..antara tetamu kehormat yang sempat hadir pada hari tersebut ialah terdiri daripada Dekan FKPM sendiri Prof Madya Mohd Adnan Hashim yang turut merasmikan program pada pagi tersebut dengan simbolik paluan gong, Ketua Program Kewartawanan Dr. Rahmat Ghazali, pihak pihak media luar dan lain lain..ahli ahli panel jemputan pada hari itu pula terdiri daripada saudara Ahirudin Atan (RockyBru/Editor di Malay Mail), Pn Norila Daud (Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM)/Editor di Utusan Malaysia) dan Sayed Munawar (Pengacara & Penerbit) serta moderator nya saudara Ahmad Fayadh Abdul Manaf..


Sesi kolokium pada kali ini yang diterajui oleh pengarah projek Tuan Nor Ashikeen Tuan Mohd Yusoff dimulakan dengan minum pagi dan sesi cabutan bertuah untuk para tetamu..kemudiannya sesi kolokium diteruskan dengan kupasan ringkas tentang tema kolokium sebelum ianya dimulakan..kolokium tersebut berlangsung penuh hangat dan menarik dengan para ahli panel memberikan hujah dan pendapat masing masing yang cukup bernas serta berkesan..sesudah itu,kolokium dibuka untuk sesi soal jawab serta penggulungan sebelum diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan cabutan bertuah serta majlis penutupan dan makan tengah hari utk tetamu..sesi bergambar dan sidang akhbar turut diadakan di akhir program..

Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih di atas usaha pelajar pelajar tahun akhir yang telah menganjurkan sesi Kolokium Kritikan Media ke - 21 yang berlangsung dengan jaya nya ini..diharap program yg berfaedah seumpama ini dapat diteruskan utk tatapan generasi akan datang..Insyaallah...sekian..

Sedang menjamu selera dengan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak penganjur..



Panel-panel jemputan rancak dan hangat menyuarakan hujah masing-masing..

Moderator saudara Ahmad Fayadh bersama sama panel jemputan..

Laporan disediakan oleh : Azam (MC223/1)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...