Sunday, August 9, 2009

Suatu Pagi di Pelabuhan Klang

Tanggal 6 Ogos 2009 (Khamis)

Kalau ikut kan hati dan benak fikiran ku sekarang,aku semacam sudah malas utk menulis sebarang coretan di laman blog ku ini..tiada sesiapa pun yg membaca..mungkin org fikir aku "syok sendiri",membebel entah apa2..tp atas dasar ingin brkongsi apa yg aku alami maka aku tetap terus meluahkan apa yg terbuku di hati dan fikiran ku,hanya blog menjadi wadah dan sumber aku meluahkan perasaan ku..jika tiada yg sudi mendengar rintihan aku..

Pagi itu aku bangun lambat 15 minit dr waktu yg aku tetapkan iaitu pd jam 6.30am..dingin pagi menusuk hingga ke tulang,keheningan nya mmg cukup simbolik dan indah..aku harus menyiapkan diriku utk menuju ke satu destinasi..selesai bersiap aku pun menunggu rakan2 ku yg lain dan bergerak bersama2 menaiki teksi ke Stesyen KTM Padang Jawa pd pukul 8.00am..kami akan di dikawal oleh Pn.Haryati atau lebih kami senangi dgn panggilan mama..pagi itu merupakan kelas beliau "Thinking and Writing Strategies" dan kami akan dibawa ke Pelabuhan Klang utk tugasan menulis sebuah jurnal dlm bahasa inggeris..aku dan rakan2 ku yg lain pun membeli tiket komuter yg berharga rm1.70 dan menaiki tren ke P.Klang..suasana di dlm tren mmg tipikal dan membosan kan,hanya sebilangan rakan2 ku sahaja yg memeriahkan dan menggamatkan suasana,mengambil gmbar dan berbual2 kosong..sedang aku sibuk menulis jurnal ku dgn buku catatan dan sebatang pen yg tersemat di tgn..sambil fikiran ku lemparkan jauh melewati luar jendela kaca tren..

Setibanya di P.Klang,kami dibawa berjalan2 di sekitar badar tersebut..pemandangan di sekitar jeti dan dermaga begitu menarik perhatian ku,walau pun tidak lah seindah mana,akan tetapi aku berasa sgt teruja kerana itulah kali pertama aku menjejakkan kaki ke bandar pelabuhan yg terkemuka di Malaysia itu..kelihatan kapal2 berlabuh,warga laut menjalankan kerja2 mereka..bau minyak hitam pekat menusuk ke hidungku..aku faham keadaan itu..kumpulan aku yg berjalan bersama2 mama..kami sempat melawat perpustakaan di situ,dan minum pagi..selesai meneroka dan menulis jurnal ku,kami pun dibawa pulang menaiki tren sekali lagi ke Padang Jawa..setibanya di sana,aku dan rakanku ku menumpang kenderaan mama menuju pulang ke fakulti utk kelas seterusnya..arghhh..hatiku sudah menjerit kebosanan,tubuhku merintih kepenatan..zahirnya sahaja yg masih nampak bertahan..















Aku tidak tahu lg apa yg harus aku coret kan di sini..cukup la utk hari ini..aku tulis byk2 bukan ada sesiapa yg membaca..walau cerita ini akan menjadi usang dlm blog ku ini,aku lega dpt menulis dan meluahkannya dari terus tersimpan..sekian..

wassalam..






2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers