Saturday, July 25, 2009

Keazaman Yang Ku Gagahi..

Tanggal 23 Julai 2009 (Khamis)


Pagi ini aku tempuhi permulaan hari dgn hati yg agak berat dan merintih sndirian..aku sndiri pn tak tahu,hari ini badan ku tidak berapa enak,mungkin hendak demam..mlm semalam pn aku tidak dpt fokus trhadap buku2 yg dhadapkan di hadapan mataku sehingga aku boleh tertidur di meja belajarku,benak fikiran dan hatiku rasa mahu menangis mengenangkan sesuatu yg tidak mampu aku ungkap dan lafazkan di sini..cukup cerita mengenai semalam,lembaran baru dlm coretan hidupku harus diselak ..aku pn menaiki bas spt biasa menuju ke fakulti,hanya brtemankan rakan2 alam ku yg setia,tiupan bayu dingin bserta sinaran matahari yg melimpahkan cahayanya ke seluruh fana ini disertai lambaian lembut pohon2 hijau di keliling ku..Ya Allah indahnya ciptaan agung Mu utk tatapan hamba Mu yg kerdil ini..

Setibanya di fakulti,aku disapa beberapa rakan kelas ku,aku spt tiada mood utk bercerita lanjut dgn mereka,bkn kerana cuba mnjauhkan diriku ttp aku dpt merasa kn kepala ku agak berat ketika itu..aku juga agak malas utk menyantap sarapan di kafe,jd ku biarkan perut ku kosong tanpa diisi pd pagi itu..aku terus meluru ke kelas "Thinking and Writing Strategies" kendalian mama,pnsyarah yg cukup aku senangi..ttp pd hari ini aku tidak berdaya menjadi seaktif rakan kelas ku yg lain,jd input yg aku dapati juga tidak sebanyak yg ku harap kan..mama melepaskan kelas kami awal sedikit iaitu pd pukul 10.30am,aku singgah sebentar ke bilik mama di tingkat 5 utk membantunya menganagkat barang2 miliknya..ternyata bilik mama memang ceria,seceria orangnya juga..

Selesai melakukan kerja amal tersebut aku pun menghayunkan langkah panjangku menunggu bas di perhentian bas hadapan fakulti ku utk menuju ke PTAR1 bg mencari beberapa buan buku mengenai sejarah perfileman utk dijadikan sumber rujukan group assignment ku nanti..setelah hampir 15 minit menanti dgn penuh sabar dan keletihan menyelubungi diriku,sebuah bas UiTM Laluan B berhenti di hadapanku..alhamdulillah,jika tidak pasti jenuh aku perlu menunggu bas rapidkl bagai menunngu kucing bertanduk dan jika lebih lama,peluh jantan ku akan membasahi tubuhku..

Aku berasa amat berpuas hati,bas UiTM itu dipandu dgn penuh berhemah menyelusuri jalan2 berliku di sini,amat berbeza sekali cara pemanduannya dgn bas rapidkl..ingin sahaja aku mngucapkan syabas dan terima kasih di atas kecemerlangannya mengemudi bas trsebut..semasa bas tersebut megah membelah susur jalan UiTM,tiba di padang kawad aku dan penumpang bas yg lain menyaksikan satu kemalangan berlaku yg melibatkan motosikal..seorang pemuda terbaring di jalanan dlm keadaan tidak sedarkan diri dgn dibantu oleh beberapa org awam yg aku pasti merupakan warga UiTM,terima kasih kpd mereka kerana bertindak pantas bg menyelamatkan mangsa tersebut..sebuah van pusat kesihatan UiTM pun membawa mangsa beredar dari situ dgn segera..dgn doa yg tersemat di hati aku berharap supaya pemuda tersebut tidak mengalami kecederaan yg kritikal dan semoga aku dijauhkan dr insiden2 seumpama itu..amin..

Bas UiTM tersebut kemudiannya meneruskan kemaraannya menuju ke perhentian bas berhampiran Kolej Seroja..destinasiku sudah hampir,maka aku mengambil keputusan utk berhenti di situ dan meneruskan perjalanan ku menggunakan sisa kudrat yg masih tinggal dlm diriku ,dgn keadaan kesihatan yg tidak begitu stabil,aku pun cuba menapak gagah ke PTAR1..perjalanan yg cukup meletihkan,mendaki bukit2 dan cerun2 curam..namun demi sebuah assignment aku gagahi tubuhku menuju ke destinasi ilmu tersebut..ramai antara rakan ku menyarankan aku utk pergi ke pusat kesihatan UiTM tetapi minda dan tubuhku menolak utk ke sana..sesampainya ke PTAR1,aku terus meneroa ke komputer yg disediakan utk menggunakan sistem OPAC bg memudahkan aku mencari buku yg dikehendaki..setelah mendapat maklumat yg ku hajati aku pun terus ke tingkat 4 dan mencapai 3 buah buku mengenai filem dari rak..lalu aku turun dan meminjam buku2 tersebut melalui mesin khas yg disediakan..

Aku gagahi langkah ku yg kian longlai menuruni bukit curam dan kembali menaiki bas menuju ke fakulti..setibanya di sana,sementara menunggu jam 2.00pm bg kelas yg bakal menyusul,aku terus duduk di cafe dan termenung kembali mengenangkan beberapa perkara sambil memerhati gelagat manusia di situ yg beraneka ragam..kemudiannya aku disapa oleh abg fayadh yg kelas nya juga bermula pd jam 2..selesai berbual pendek,kami pun membawa haluan masing2..aku masih di tingkat bawah menanti rakan2 kelas ku yg lain utk masuk bersama2..pensyarah pun menjalankan tanggungjawab nya spt biasa dlm kelas "Malay Language Communication"..

Aku mendapat sms drpd seseorang yg menyatakan aku perlu ke pdg kawad pd sebelah petang iaitu pd pukul 5.00pm utk latihan perbarisan..dgn perasaan yg kaget dan kepenatan,aku turuti sms itu..tepat jam 4.00pm,selesai kelas yg terakhir aku pun bergegas keluar dr fakulti menuju pulang ke kolej utk menukar pakaian,skali lg penantian bas yg amat menyeksakan..tak perlu lah aku mencerita kan keadaan diriku yg agak kelam kabut utk ke latihan tersebut seperti biasa hidup aku sememangnya bergantung kepada bas..latihan prbarisan SAF itu brjalan dgn lancar biarpun jumlah kehadiran tidak memuaskan,ttp kami mampu memperbaiki pergerakan formasi utk menghadapi hari perhitungan esok..

Sekembalinya aku ke kolej selesai latihan tersebut pd 7.10pm,aku terus menpersiap diriku utk latihan berikut nya pd pukul 8.30pm..hanya tuhan sahaja yg tahu betapa seksa nya hari itu dilalui tanpa henti dgn kesihatan yg tidak begitu mengizinkan..habis solat maghrib,aku pun berkejar ke pdg kawad,sekali lagi rutin yg sama aku jalani..tepat jam 10.45pm tamat latihan,setibanya di kolej aku pun terus duduk di bangku perkarangan taman Kolej Meranti melayani perasaan ku seorang diri..sedang terlampau asyik,aku pun terdengar bunyi sesuatu..ku dongak ke langit gelap di atas kepalaku sebuah burung besi gergasi,besar dan gagah terbang megah menbelah kepekatan awan malam yang sunyi itu..hati ku tiba2 terus berdetik,"bila la aku brkesempatan utk menaiki kapal terbang,jikalau arwah ayah ku masih hidup lg,sudah pasti aku sudah pun merasai pengalaman tersebut.." seumur hidup aku belum pernah sedetik pun aku berkesempatan menaiki pesawat kerana keluargaku tidak berkemampuan..apabila teman2 sebilik ku bercerita mengenai pengalaman mereka menaiki pesawat sebelum ini,aku terus terdiam seribu bahasa..hati kecilku menjadi sedi dan hiba..aku tidak peduli jika ada yg menyatakan yg aku kolot atau terlampau emosi setelah membaca nulilan isi hati ku ini kerana itulah aku yg sebenar,tiada sesiapa yg mampu merubahnya..bila masaku akan tiba??adakah aku masih berkesempatan??aku akan terus menunggu tibanya saat dan sinar itu menjengah je dalam hidup ku..insyaallah..

wassalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...