Dhaniya telah pun menjuarai carta undian bagi Peserta Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 5 dengan 152 undian mengatasi DINDA yang mengekori rapat dengan 142 undian. Tahniah diucapkan sekali lagi dan seperti yang dijanjikan, Dhaniya akan menghiasi ruangan post Blog Azam Reddy untuk kali ini. Jom kita berkenalan dengan lebih rapat bersama Dhaniya.
Wednesday, March 23, 2016
Wednesday, March 9, 2016
Tahniah SHA Juara PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5 !!
Minggu AKHIR iaitu minggu ke SEPULUH bagi Project SG Musim ke - 5 kali ini telah dimenangi oleh SHA setelah berjaya mengatasi saingan terdekat beliau DINIE. Syabas dan TAHNIAH diucapkan buat SHA dan buat DINIE yang berjaya menjadi "runner up" untuk edisi kali ini jangan kecewa kerana perjalan kalian baru sahaja bermula sebaik melangkah keluar dari pertandingan ini. Buat Shah Green syabas kerana saban tahun berjaya melahirkan bukan sahaja model tetapi bakat - bakat baru yang "versatile" bagi mewarnai industri tempatan. WELL DONE.. Semoga kita berjumpa lagi mungkin untuk edisi yang berikutnya pada masa yang akan datang.
Bagi yang belum menyaksikan video kedua - dua peserta ini beraksi di peringkat akhir anda boleh menyaksikan di LINK di bawah ini.
FINAL RUNWAY (FINAL WEEK: WEEK 10): PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH - SEASON 5 (2015)
dan ucapan TAHNIAH juga buat DHANIYA kerana berjaya menjuarai carta undian bagi Peserta Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 5 dengan 152 undian mengatasi DINDA yang mengekori rapat dengan 142 undian.
Sunday, February 21, 2016
Keputusan Minggu 9 (Semi Final) : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5
Minggu KESEMBILAN iaitu minggu SEPARUH AKHIR bagi Project SG Musim ke - 5 kali ini dengan tema "MODEL WHO GOT BEST COMMERCIAL PHOTO & TVC - FRUITS FOR LIFE" menyaksikan SHAH yang pada minggu lalu menduduki tangga pertama nampakya kecundang di saat akhir. Carta juri pada minggu ini ternyata diungguli oleh peserta yang dari awal pertandingan memberikan saingan sengit iaitu DINIE unggul di tangga pertama dengan markah cemerlang 98.5% manakala di tempat kedua dimiliki SHA dengan markah sebanyak 95%. Agak malang buat SHAH apabila menduduki tangga terakhir dengan perbezaan markah yang sedikit iaitu sebanyak 94% beza 1% dengan SHA. Jadi pada minggu akhir siapakah yang bakal menjuarai Project SG Musim ke - 5 pada kali ini? Mari kita sama- sama saksikan keputusannya!! Buat SHAH yang TERSINGKIR untuk minggu ini, anda sudah mempunyai pengalaman yang cukup berharga untuk digunakan serta dipraktikkan dalam dunia modeling di luar sana. Saban minggu dalam PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5 ini umpama lubuk ilmu yang berharga buat anda. Semoga SHAH terus sukses!!
1 - DINIE (98.5%)
2 - SHA (95%)
4 - SHAH (94%) - TERSINGKIR
Anda boleh menyaksikan setiap peserta melakukan TVC mereka di
Sila ke laman Facebook rasmi SHAH Photography untuk maklumat lebih lanjut.
Monday, February 15, 2016
Keputusan Minggu 8 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5
Minggu KELAPAN Project SG Musim ke - 5 kali ini dengan tema "MODEL WHO WILL BE IN THE FINAL TWO!" menyaksikan kejutan yang tak tersangka hasil keputusan juri sebulat suara memutuskan untuk memilih tiga peserta akhir bagi musim ini. Puncak tangga pertama minggu separuh akhir ini menampakkan usaha keras SHAH membuahkan hasil apabila julung kalinya beliau berjaya menduduki tangga pertama dengan markah cemerlang sebanyak 97%. SHA menduduki tempat kedua dengan markah 95% dan DINIE terselamat dari penyingkiran dan berjaya diserap mara ke peringkat akhir mengiringi SHAH dan SHA dengan markah sebanyak 91.5%. Satu keputusan penyingkiran yang amat mengejutkan apabila RUWAIDAH antara peserta paling berpotensi mara ke peringkat akhir dengan empat kali berjaya menduduki tempat pertama akhirnya kecundang dan TERSINGKIR dengan markah sebanyak 89%. Buat RUWAIDAH yang TERSINGKIR untuk minggu ini, jangan kecewa kerana anda cukup berpotensi untuk menjadi model yang berjaya di luar sana hasil ilmu dan pengalaman yang dikumpul sepanjang berada dalam PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5 ini. All the best RUWAIDAH!!
1 - SHAH (97%)
Subscribe to:
Posts (Atom)














