Saturday, October 8, 2011

All Your Love - Dato' Siti Nurhaliza Ke Persada Antarabangsa!!



Penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza memecah rekod peribadi dengan penghasilan album Inggeris pertama beliau “All Your Love” yang secara rasminya dilancarkan pada 26 September 2011. ‘‘All Your Love” merupakan album solo ke- 14 Dato’ Siti Nurhaliza.

Album ini menjadi bukti hasil kerja keras beliau dengan adanya kolaborasi bersama penyanyi antarabangsa Sean Kingston yang begitu popular dengan lagu “Beautiful Girl“ dan “Fire Burning”. Juga dengan kerjasama hebat bersama Bryan B, penerbit dan What’s Up Entertainment yang bertanggungjawab menghasilkan album “All Your Love” ini yang diasaskan oleh Adib Khalid.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk dan membuktikan apa-apa, tapi pembikinan album ini adalah untuk mengembangkan sayapnya ke luar negara.




“Saya bukan nak buktikan apa-apa kepada orang luar yang saya juga boleh mempunyai sebuah album Inggeris tetapi ia merupakan langkah baru dalam mengembangkan karier saya. Bagi saya, penghasilan album ini agak mencabar untuk membawa setiap lagu yang dinyanyikan serta penerimaan orang terhadap album ini. Alhamdulillah, walaupun album Inggeris agak baru buat saya, sekurang-kurangnya saya telah menambahkan peminat-peminat daripada pelbagai bangsa termasuklah mereka berbangsa Cina dan India.”

Saturday, September 3, 2011

Salam Lebaran 2011 - Syawal Dirai Merdeka Dihargai


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua rakan - rakan Azam di Blog ini dengan ucapan semoga lebaran ini memberikan seribu satu makna buat kalian..

Salam Lebaran Pembuka Bicara,
Tanda Ingatan di Hari Raya,
Salah dan Silap Harap Dilupa,
Supaya Kita Tiada Sengketa...
Syawal Tiba Bersama Diraikan,
Detik Kemenangan dan Kebesaran,
Hadiah Keistimewaan Diakhiri Keindahan Lebaran,
Tidak Dilupakan Semangat Kemerdekaan..
Ikhlas Daripada : Azam Reddy
weeeeeeeeeeee


Sunday, August 21, 2011

Siti Nurhaliza Kini Bersama Universal Music Malaysia & All Your Love




KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin kini sah sebagai ahli ‘keluarga’ terbaru syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UMM) setelah memetrai perjanjian usahasama antara label berkenaan dan syarikatnya, Siti Nurhaliza Production (SNP).

Usahasama yang dijalin bermula Julai 2011 ini merangkumi segala aspek pembikinan album dan lagu terbaru penyanyi berkenaan, juga segala bentuk promosi dan publisiti berkenaan kerjaya beliau sebagai penghibur.

Buah tangan sulung beliau bersama UMM kini dalam proses perancangan rapi dan peminat anak kelahiran Pahang ini akan dapat berhibur dengan produk terbarunya dalam bulan Oktober 2011 nanti. Bagaimana pun, hala tuju album dan lagu masih dalam perbincangan.

Bagi UMM sebagai sebuah syarikat rakaman yang turut menunjukkan perkembangan pesat dalam bahagian domestiknya, ikatan usahasama bersama Siti Nurhaliza adalah satu lagi usaha dalam mempertingkatkan lagi kemajuan seni muzik tempatan.

Jika sebelum ini beberapa nama-nama besar seperti Anuar Zain, Ning Baizura, Alleycats, Spider, 6ixth Sense, Ana Raffali, Maya Karin, Meet Uncle Hussain dan ramai lagi bernaung di bawah syarikat rakaman sama, kehadiran Siti Nurhaliza bagai melengkapkan barisan artis ternama di bawah satu bumbung sama.

Selain itu, kerjasama dua negara antara UMM dan PT Musica Indonesia yang memasarkan artis seperti Nidji, Letto, Peterpan, Samsons, D’masiv dan yang terbaru, Geisha, menguatkan lagi peranan UMM sebagai syarikat rakaman di nusantara.

Malah, UMM juga kini giat melaksanakan pencarian bakat-bakat baru untuk memeriahkan lagi industri muzik tempatan, selain membuka ruang kepada mana-mana penyanyi sedia ada untuk bekerjasama dalam melahirkan produk berkualiti.

Kehadiran penyanyi berpengalaman sepeti Siti Nurhaliza dalam syarikat rakaman UMM diharapkan dapat menyuntik semangat semua artis naungan label berkenaan agar lebih bekerja keras, selain turut memberi dorongan kepada pasukan UMM sendiri untuk mempertingkatkan kualiti produk dan perkhidmatannya.

Sokongan daripada semua penggiat industri hiburan tanah air juga amat diperlukan untuk memastikan usaha murni dalam memajukan seni muzik tempatan dapat dilaksana dengan berkesan.

Antara lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru Dato' Siti Nurhaliza "All Your Love" ialah :

1) Falling In Love
2) Nobody Else
3) Remember You (feat. Sean Kingston)
4) All Your Love
5) Tonight
6) All Over Again
7) I'll Wait
8) Forever
9) I Cry Out
10) Fight For love
11) Stand Up

Thursday, August 18, 2011

Jom Bantu Azam "Like" di KCC





As salam dan salam 1 Malaysia..minta bantuan rakan - rakan Azam tidak kira di mana sahaja yang sedang membaca blog ini untuk like gambar Azam Reddy di https://www.facebook.com/photo.php?fbid=189043997829632&set=a.188999131167452.49977.124843474249685&type=1
sebelum tu like page Korean Crown Collection (KCC) ini terlebih dahulu bg yg belum..

Azam ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang anda semua telah berikan sebelum ini untuk membantu Azam menge"like" gambar ucapan Ramadan Azam di page KCC sehingga Azam berjaya memenangi pertandingan tersebut..Alhamdulillah..kali ini Azam harapkan kerjasama yang sama dari anda semua sebelum ini bg 'contest' yang lain pula..kerjasama anda semua dlm membantu Azam di bulan ramadan yang mulia ini amatlah dihargai...Insyaallah..TQ!! weeeeeeee~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers