Sunday, October 11, 2009

Tayangan Perdana Filem 2 Hati 1 Jiwa..

Tanggal 6 Oktober 2009 (Selasa)

Satu tayangan perdana filem arahan Prof Madya Abdul Razak Mohaideen yg brjudul "2 Hati 1 Jiwa" telah diadakan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam dgn kerjasama anjuran Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA)..tayangan filem tersebut telah pun mndapat sambutan yg hangat dr seluruh warga UiTM dengan jualan harga tiket sebanyak RM5 setiap satu..antara tetamu kehormat yg sempat hadir pd mlm tersebut ialah Naib Canselor UiTM sendiri iaitu Tan Sri Dato Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah yg juga turut berlakon serta membuat penampilan istimewa dlm filem tersebut..antara barisan artis yg sempat hadir antara nya pengarah filem itu sendiri Prof Madya Abdul Razak Mohaideen, Datin Ziela Jalil, Nassier Wahab, Fauziah Ghous, Yasmin Hani, Diana Amir dan lain2..Persembahan pembukaan turut diadakan ..Tuan VC sendiri juga sempat mendendangkan sebuah lagu pd mlm itu berjudul "Biar Bulan Bicara" selain persembahan2 dr pelajar2 TEKA serta nyanyian lagu tema filem tersebut oleh penyanyi Nassier Wahab..selepas itu tayangan filem tersebut dimulakan..filem ini berkisarkan tentang sepasang kembar yg bercantum di kepalanya,Lina dan Lana (lakonan Fauziah Ghous dan Yasmin Hani) ingin menjalani kehidupan normal dgn menjadi pelajar di UiTM, seorang pelajar Masscomm dan seorang pelajar Muzik..apa yg akan terjadi kpd mereka yg berlainan haluan ini??saksikan filem ini sndiri di pawagam berhampiran anda akan datang...




Ditemubual oleh pengacara majlis semasa ketibaan tetamu..

Persembahan pembukaan tarian drpd pelajar TEKA..

Antara barisan penonton yg membanjiri Dewan Sri Budiman pd malam tersebut..

Barisan pelakon diwawancara di pentas utama..

Bersama salah seorang pengacara pd malam itu, Diana Amir..

Antara barisan artis yg sempat hadir..

Majlis Penghargaan MASSA 2009

Tanggal 5 Oktober 2009 (Isnin)

Satu majlis penghargaan buat semua pihak yg telah membantu MASSA telah selamat disempurnakan di Dewan Kuliah 1,Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM)..majlis yg bertemakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri itu telah dirasmikan oleh Dekan FKPM sendiri, Prof Madya Dr Adnan Hashim..majlis yg brlangsung meriah tersebut menerima sambutan yg begitu menggalakkan dr warga FKPM..tetamu turut dihidangkan dgn pelbagai juadah hari raya yg enak serta alunan lagu raya yg merdu serta meriah..


Dekan FKPM Prof Madya Dr Adnan Hashim memberikan ucapan perasmian..

Para tetamu mengambil juadah yang disediakan pd malam itu..

Semua buat muke comel yeee..huhuhu..


Saya bersama sama senior, abg Meor dan abg Fayadh..

Meriah "Rumah Terbuka" MASSA!!

Ucapan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kpd pihak MASSA yg sudi mengundang..diharap kerjasama antara para pelajar serta semua pihak dgn pihak MASSA akan terus berkekalan..sekian..

Saturday, October 3, 2009

Tee for Masscommers!!

Masscomm Tee (RM15)





Broadcasting Club Tee (RM11)


Kepada sesiapa yang berminat utk membeli t-shirt Masscom (putih) sila berjumpa dengan wakil wakil kelas (class rep) anda untuk sebarang urusan mengenai tempahan dan bayaran..manakala t-shirt Broacasting Club (hitam) telah ditutup utk tempahan..

Terima Kasih..


Disediakan oleh : Azam (MC223 Part 1)

Monday, September 21, 2009

Syawal Pembaur Perasaan....


Tanggal 20 September 2009 (Ahad)

Pagi Syawal yg cukup indah dgn hening mentari disulami dingin bayu membangkitkan ku dr lena..1 Syawal sudah menjelang,masa utk bersiap serta menghias diriku dgn sepersalinan lengkap baju melayu berwarna hitam yg ku beli di Seremban..aku sarungkan baju tersebut bingkas keluar dari rumah menaiki kereta bapa saudara ku menuju ke masjid utk brsembahyang sunat hari raya aidilfitri..sesudah itu,aku pun pergi menziarahi pusara arwah ayah,atuk dan nenek ku yg berhampiran tapak masjid Kampung Batu, Rembau tersebut..lalu ku sedekahkan surah Al Fatihah dan berdoa utk mereka,moga roh mereka tenang di alam sana..hati ku menjadi sayu secara tiba tiba..sudah menjadi lumrah bg diriku utk berperasaan sebegitu setiap kali raya menjengah..kemudian aku pun pulang ke rumah dan mengambil kesempatan yg ada utk bersalaman dan bermaafan sesama keluargaku khususnya ibuku terhadap sebarang keterlanjuran yg telah kulakukan selama ini serta berterima kasih kepadanya..kami kemudiannya bergerak mengunjungi rumah sanak saudaraku yg berdekatan..kali ini hanya berjalan kaki..setibanya di sana,aku menerima begitu byk pujian di apabila mereka terpesona melihat ketampanan si teruna segak mengenakan baju melayu hitam..aku juga diajukan byk soalan mengenai pelajaran ku di UiTM memandangkan tahun ini merupakan tahun pertama aku beraya sbg seorang mahasiswa di kampung halamanku..sesudah beramah mesra,kami pulang pulang sekali lagi dgn berjalan kaki ditemani terik mentari..dan petang itu kami isi dgn berehat di rumah sahaja kerana keletihan..malam ku juga begitu..dan begitu lah pengakhiran hari raya pertama ku sebelum aku menutupnya dgn membuat assignment sehingga jam 4 pagi...



Bersama keluarga di pagi Syawal..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers