Monday, February 8, 2016

Keputusan Minggu 7 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5



Minggu KETUJUH Project SG Musim ke - 5 kali ini dengan tema "BEAUTY WITH THE NATURE"  menyaksikan SHA pula berada di puncak tangga pertama dengan markah cemerlang sebanyak 98%. Seperti bertukar - tukar kedudukan antara mereka berdua, RUWAIDAH pula berada di tangga kedua mengekori rapat dengan 97.5% dan DINIE kekal seperti minggu lalu di tempat ketiga dengan 85%. SHAH terselamat dan masih lagi kekal dalam pertandingan di kedudukan keempat dengan markah sebanyak 82%. Berada di kedudukan dua terbawah sekaligus menyingkirkan mereka dari pertandingan adalah YANA dan DHANIYA dengan YANA sebanyak 52% dan DHANIYA 51%. Nampaknya YANA tidak menggunakan peluang terselamat dari penyingkiran minggu lalu untuk memberikan prestasi terbaik pada minggu ini. Buat YANA dan DHANIYA yang TERSINGKIR untuk minggu ini, diharap anda berdua memperoleh pengalaman dan ilmu yang cukup berharga dalam pertandingan ini sepanjang lebih 7 minggu untuk dimanfaatkan pada masa akan datang.


1 - SHA (98%)

Keputusan Minggu 6 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5


Minggu KEENAM Project SG Musim ke - 5 kali ini diungguli oleh RUWAIDAH sekali lagi dan ini merupakan kejayaan keempat kalinya buat beliau. Minggu yang bertemakan "MODEL WHO CAN MAKE THEIR KAIN BATIK LOOKS FASHION" menyaksikan RUWAIDAH unggul dengan markah sebanyak 91%!! SHA pula seperti minggu lalu berada di tangga kedua dengan 89.6% dan DINIE di tempat ketiga dengan 80%. . Berada di kedudukan dua terbawah adalah DINDA dengan markah 70% dan YANA dengan markah yang amat rendah iaitu hanya 46%. YANA amat bertuah kerana memperolehi imuniti pada minggu lalu yang menyelamatkan beliau dari disingkirkan pada minggu ini dan hal ini menyebabkan DINDA secara automatiknya TERSINGKIR dari pertandingan. Buat DINDA yang TERSINGKIR untuk minggu ini, semoga anda terus berjuang dengan menggunakan segala ilmu yang telah diperolehi sepanjang pertandingan ini dan jangan sesekali berhenti untuk belajar. All the best DINDA!!


1 - RUWAIDAH (91%)

Thursday, January 28, 2016

Keputusan Minggu 5 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5








Minggu KELIMA Project SG Musim ke - 5 kali ini diungguli oleh YANA. Tahniah diucapkan buat YANA dengan aksi cemerlang beliau minggu ini yang bertemakan "CATALOG MODEL" dengan markah sebanyak 97%!! SHA pula seperti minggu lalu berada di tangga kedua dengan 89% dan SHAH di tempat ketiga dengan 86%. Prestasi RUWAIDAH sedikit merosot pada minggu ini apabila beliau berada di kedudukan keempat dengan markah 82%. Berada di kedudukan dua terbawah adalah DHANIYA dengan markah 79% dan EPY yang TERSINGKIR pada minggu ini dengan perbezaan hanya 1 markah iaitu 78%. Buat EPY yang TERSINGKIR untuk minggu ini, perjalanan anda masih lagi jauh dan ambil setiap pengalaman selama berada dalam pertandingan sebagai satu pembelajaran yang sangat berharga buat anda!!


1 - YANA (97%)

Wednesday, January 13, 2016

Keputusan Minggu 4 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5






Minggu KEEMPAT Project SG Musim ke - 5 sekali lagi diungguli oleh RUWAIDAH. Tahniah diucapkan buat RUWAIDAH sekali kerana secara konsistennya menduduki carta pertama juri buat kali ketiga yang bertemakan "MODEL WHO CAN BE VERSATILE (TVC, PHOTOSHOOT, RUNWAY)" ini dengan markah penuh minggu ini sebanyak 100%!! SHA pula berada di tangga kedua dengan 92% dan YANA di tempat ketiga dengan 90%. Nampaknya minggu ini menunjukkan penguasaan peserta wanita dengan mereka mengungguli carta tiga teratas dan menyingkirkan dua lelaki di kedudukan terbawah. Buat DANNY dan SHAFI yang TERSINGKIR untuk minggu ini, anggap ini sebagai satu pengalaman berharga buat anda dan ini semua satu permulaan bagi kerjaya modeling yang lebih besar di luar sana. Kini hanya tinggal 8 perserta yang bakal bersaing.


1 - RUWAIDAH (100%)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers