Monday, August 6, 2012

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran


Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadan Al - Mubarak 1433 H


Setelah sekian lama blog ini bersawang dan tidak diupdate akhirnya tuan punya blog ini telah mengaktifkan kembali blog ini dan bersempena bulan Ramadan Al - Mubarak yang mulia ini, Azam ingin mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua muslimin serta muslimat di seluruh dunia. Semoga ibadah puasa kita pada kali ini lebih dirahmati dan diberkati olehNya, Insyaallah. Akhir kata daripada Azam, Wassalam...weeeee~

Saturday, October 8, 2011

All Your Love - Dato' Siti Nurhaliza Ke Persada Antarabangsa!!



Penyanyi tersohor negara, Dato Siti Nurhaliza memecah rekod peribadi dengan penghasilan album Inggeris pertama beliau “All Your Love” yang secara rasminya dilancarkan pada 26 September 2011. ‘‘All Your Love” merupakan album solo ke- 14 Dato’ Siti Nurhaliza.

Album ini menjadi bukti hasil kerja keras beliau dengan adanya kolaborasi bersama penyanyi antarabangsa Sean Kingston yang begitu popular dengan lagu “Beautiful Girl“ dan “Fire Burning”. Juga dengan kerjasama hebat bersama Bryan B, penerbit dan What’s Up Entertainment yang bertanggungjawab menghasilkan album “All Your Love” ini yang diasaskan oleh Adib Khalid.

Bukan untuk menunjuk-nunjuk dan membuktikan apa-apa, tapi pembikinan album ini adalah untuk mengembangkan sayapnya ke luar negara.




“Saya bukan nak buktikan apa-apa kepada orang luar yang saya juga boleh mempunyai sebuah album Inggeris tetapi ia merupakan langkah baru dalam mengembangkan karier saya. Bagi saya, penghasilan album ini agak mencabar untuk membawa setiap lagu yang dinyanyikan serta penerimaan orang terhadap album ini. Alhamdulillah, walaupun album Inggeris agak baru buat saya, sekurang-kurangnya saya telah menambahkan peminat-peminat daripada pelbagai bangsa termasuklah mereka berbangsa Cina dan India.”

Saturday, September 3, 2011

Salam Lebaran 2011 - Syawal Dirai Merdeka Dihargai


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat semua rakan - rakan Azam di Blog ini dengan ucapan semoga lebaran ini memberikan seribu satu makna buat kalian..

Salam Lebaran Pembuka Bicara,
Tanda Ingatan di Hari Raya,
Salah dan Silap Harap Dilupa,
Supaya Kita Tiada Sengketa...
Syawal Tiba Bersama Diraikan,
Detik Kemenangan dan Kebesaran,
Hadiah Keistimewaan Diakhiri Keindahan Lebaran,
Tidak Dilupakan Semangat Kemerdekaan..
Ikhlas Daripada : Azam Reddy
weeeeeeeeeeee


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers