Project SG : Prodigious Model Search kini kembali lagi dengan musim ke 6 bagi tahun 2016 kali ini. Saingan yang cukup sengit dan hangat dengan barisan finalis pada siri ke 6 ini dilihat cukup mantap dan hebat. 11 orang finalis bakal bersaing dalam merebut gelaran juara dengan tugasan – tugasan mencabar yang diberikan kepada mereka oleh pengasas dan pengelola Project SG selama enam musim ini iatu Shah Green yang turut dibantu barisan juri yang berkaliber dan cukup berpengalaman dalam industri. Project SG sudah tidak asing dalam dunia permodelan kerana telah melahirkan ramai bakat – bakat muda dan berpotensi dalam industri pelbagai seperti usahawan, model, jurucakap produk dan sebagainya. Apapun, jom kita dekati kesebelas barisan finalis bagi edisi ke 6 pada kali ini. Sekali lagi blog Azam Reddy bakal membuat liputan serta review sepanjang pertandingan ini berlangsung. Tugasan untuk Episod 1 Minggu 1 adalah “Express Yourself”. Mereka perlu memberikan gaya yang melambangkan peribadi atau perwatakan yang dibawa oleh diri mereka. Mari kita lihat dan nilai.
EPISODE 1: WEEK 1: EXPRESS YOURSELF (STYLISTA)
DIYYA, 22, 168cm, SELANGOR
instagram: @diyya_eqa
PHOTO by SHAH GREEN
MUA by DIYYA EQA
Dari segi gaya, gadis ini dilihat mampu memberikan saingan sengit dengan tahap keyakinan yang terlihat tinggi di dalam gambar ini. Dibantu dengan ketinggian beliau 168cm, DIYYA yang berasal dari Selangor, Malaysia ini mengekspresikan diri beliau sebagai “Stylista” dan dilihat dari segi gaya yang diberikan ternyata bertepatan dengan konsep yang dipilih oleh DIYYA. Markah penilaian Azam Reddy untuk DIYYA bagi episode 1 kali ini adalah 8.5 / 10.
EPISODE 1: WEEK 1: EXPRESS YOURSELF (ADVENTUROUS)
SABRINA, 30, 157cm, SELANGOR
instagram: @sabrina_rahimova
PHOTO by SHAH GREEN
MUA by DIYYA EQA
Juga berasal dari Selangor, SABRINA tampil berani memberikan gaya lain dari yang lain. Tidak Nampak terlalu kekok di dalam gambar, gadis ini ternyata mengekspresi kan personaliti pilihan nya iaitu “Adventurous” dengan begitu bijak sekali. Markah penilaian Azam Reddy untuk SABRINA bagi episode 1 kali ini adalah 9 / 10.
EPISODE 1: WEEK 1: EXPRESS YOURSELF (COOL)
FIDO, 26, 180cm, KUALA LUMPUR
instagram: @fido_rahman
PHOTO by SHAH GREEN
MUA by SHAH GREEN
Jejaka berketinggian 180cm ini nyata kelihatan tidak kekok untuk beraksi di hadapan lensa kamera. Berasal dari Kuala Lumpur, gaya yang diberikan FIDO kelihatan seiring dengan ekspresi wajah dan tema yang dipilih iaitu “Cool” dan gambar ini mmg kool. Markah penilaian Azam Reddy untuk FIDO bagi episode 1 kali ini adalah 9 / 10.
EPISODE 1: WEEK 1: EXPRESS YOURSELF (ELEGANT)
WANEY, 30, 165cm, PENANG
instagram: @zawanikhan
PHOTO by SHAH GREEN
MUA by Siti Dewi & Ellyna Qaseh Beauty Centre.
WANEY yang berasal dari utara Malaysia iaitu PENANG ini memilih untuk mengekpresi gaya dan personality “Elegant”. Dari segi penggayaan, WANEY dilihat memberikan gaya yang agak “play safe” atau selamat. Memang ianya kelihatan elegan tetapi hanya dibantu dengan “wardrobe” beliau. Namun ekspresi wajah beliau kelihatan tegas. Markah penilaian Azam Reddy untuk WANEY bagi episode 1 kali ini adalah 8 / 10.
EPISODE 1: WEEK 1: EXPRESS YOURSELF (CHARISMATIC)
ARIEF, 25, 174cm, PUTRAJAYA
instagram: @ariefiskandar
PHOTO by SHAH GREEN
MUA by SHAH GREEN
ARIEF yang berumur 25 tahun yang ini pula memilih untuk mengekpresi gaya “Charismatic” iaitu seorang yang mempunyai karisma. Penggayaan ARIEF dilihat sedikit kekok terutama apabila beliau memilih untuk meletakkan tangan di dalam kocek beliau. Namun dari pinggang ke bawah gaya yang diberikan adalah terbaik. Markah penilaian Azam Reddy untuk ARIEF bagi episode 1 kali ini adalah 8 / 10.
EPISODE 1: WEEK 1: EXPRESS YOURSELF (MASCULINE)
BASYAR, 25, 175cm, PUTRAJAYA
instagram: @basyar_constance
PHOTO by SHAH GREEN
MUA by SHAH GREEN
BASYAR yang berasal dari Putrajaya ini mengingatkan saya kepada sang juara America’s Next Top Model yang lalu iaitu Nyle. Mempunyai future wajah yang agak “strong” memberikan kelebihan buat jejaka ini. Sisi “Masculine” yang dipilih sebagai tema ekpresi diri ternyata bertepatan dengan BASYAR dengan ciri itu jelas dapat dipancarkan melalui raut wajah beliau. Markah penilaian Azam Reddy untuk BASYAR bagi episode 1 kali ini adalah 9.5 / 10.
EPISODE 1: WEEK 1: EXPRESS YOURSELF (SOCIABLE)
YANA, 22, 165cm, SELANGOR
instagram: @liyananazlin
PHOTO by SHAH GREEN
MUA by Siti Dewi & Ellyna Qaseh Beauty Centre.
YANA yang memilih ekspresi diri sebagai seorang yang “Sociable” ini tidak begitu menepati tema yang dipilih. Beliau seharusnya memberikan gaya seperti seseorang yang mudah didekati dan tidak terlalu memberikan gaya selamat. Namun begitu YANA dilihat mempunyai raut wajah yang agak jelita. Markah penilaian Azam Reddy untuk YANA bagi episode 1 kali ini adalah 8 / 10.
EPISODE 1: WEEK 1: EXPRESS YOURSELF (TOUGH)
IQWAN, 19, 182cm, PAHANG
instagram: @iqwan_shaf
PHOTO by SHAH GREEN
MUA by SHAH GREEN
IQWAN pemuda yang baru berusia 19 tahun ini telah memilih “Tough” sebagai tema ekspresi diri beliau. Wajah yang agak strong turut dimiliki oleh IQWAN membantu beliau untuk merealisasikan tema ini. Namun begitu dari segi ekspresi wajah, IQWAN masih boleh memberikan yang lebih baik daripada ini. Markah penilaian Azam Reddy untuk IQWAN bagi episode 1 kali ini adalah 9 / 10.
EPISODE 1: WEEK 1: EXPRESS YOURSELF (INTELLIGENT)
ANIQ, 22, 173cm, SELANGOR
instagram: @theaniqakif
PHOTO by SHAH GREEN
MUA by SHAH GREEN
ANIQ jejaka berwajah tampan yang berasal dari Selangor ini dilihat berjaya merealisasikan ekspresi “Intelligent” yang dipilih. Dengan sedikit gaya nerda, namun masih kuat untuk memberikan keyakinan kepada yang melihat. Namun gaya yang diberikan agak sedikit selamat. Markah penilaian Azam Reddy untuk ANIQ bagi episode 1 kali ini adalah 8.5 / 10.
EPISODE 1: WEEK 1: EXPRESS YOURSELF (AMBITIOUS)
EMYRA, 29, 157cm, NEGERI SEMBILAN
instagram: @i_am_emyra
PHOTO by SHAH GREEN
MUA by Siti Dewi & Ellyna Qaseh Beauty Centre
EMYRA gadis yang berasal dari Negeri Sembilan iaitu kampung kelahiran penulis ini telah memilih tema “Ambitious” sebagai ekspresi gaya beliau. EMYRA dilihat sedikit kekok dalam memberikan gaya namun ada kekuatan dari segi ekspresi wajah beliau walaupun masih boleh diperbaiki lagi. Markah penilaian Azam Reddy untuk EMYRA bagi episode 1 kali ini adalah 7.5 / 10.
EPISODE 1: WEEK 1: EXPRESS YOURSELF (SENTIMENTAL)
FIQ, 23, 180cm, PAHANG
instagram: @_iamahmadfiq
PHOTO by SHAH GREEN
MUA by SHAH GREEN
Jejaka tinggi lampai yang berasal dari Pahang ini telah memilih “Sentimental” sebagai tema ekspresi diri FIQ. Gayayang diberikan oleh beliau juga agak selamat untuk pertandingan ini namun raut wajah yang sentimental diberikan sesuai dengan tema yang dipilih. Markah penilaian Azam Reddy untuk FIQ bagi episode 1 kali ini adalah 7.5 / 10.
Jadi inilah dia barisan peserta untuk musim kali ini beserta dengan keputusan penuh bagi episod 1. Siapakah yang menjadi calon juara pilihan anda?teruskan menyokong perjalanan mereka dalam merebut gelaran juara PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 6 (2016). Teruskan sokongan dan undian anda di laman rasmi Facebook SHAH photography atau terus setia di blog ini untuk review pada minggu berikutnya.
No comments:
Post a Comment