Hari ini mungkin dah terlambat untuk Azam post mengenai entri ini tapi Azam menulis juga kerana terasa ianya sesuatu yang menggembirakan Azam serba sedikit..kepada yang tersenarai pertama kalinya dalam penerima Anugerah Dekan pada kali ini, pastinya mereka melonjak keriangan dan membuat pelbagai permintaan kepada orang yang mereka sayangi..kepada yang secara berturut - turutnya tersenarai, mereka pasti turut gembira kerana target mereka menghampiri Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama semakin menjadi kenyataan (mungkin juga bakal penerima Anugerah Naib Canselor)..Keputusan Azam???
Alhamdulillah, keputusan peperiksaan Azam bagi semester 4 ini meningkat sedikit..dan yang paling penting sekali, tiada yang gagal..maka tiada lagi la kecacatan dalam transkrip akademik Azam setakat ini..bukan apa, subjek yang paling merisaukan Azam bagi semester yang lalu adalah subjek bahasa ketiga iaitu Mandarin II dan Media Law, Ethics & Regulation...Azam hampir tertekan kerana tidak dapat menjawab dengan baik bagi 2 subjek ini semasa 'final' yang lalu..
Semasa mula - mula membuka keputusan peperiksaan Azam pada pagi jumaat lalu (17/06/2011), jantung Azam berdegup laju, dan ternyata 2 subjek itu yang ku lihat dahulu..ternyata kesemuanya LULUS!! Azam bersyukur ke hadrat Allah dan pointer Azam pada semester kali ini turut meningkat...dengarnya rakan - rakan Azam yang lain turut mendapat keputusan yang menggembirakan mereka semua..sekarang fokus Azam adalah untuk 'score' yang lebih baik untuk semester hadapan..target Azam adalah Anugerah Dekan..sekurang - kurangnya, ia dapat melonjakkan pointer Azam ke tahap yang lebih tinggi iaitu ke kelas pertama...Insyaallah...mungkin sebelum ini Azam terlampau banyak bermain dan tidak fokus..lagipun Azam terlampau sibuk menguruskan aktiviti dan program luar..sekarang pula tambah - tambah lagi Azam dah memegang jawatan yang Azam kira agak besar di fakulti dan juga di dalam UiTM sendiri..jadi Azam perlu lebih menumpukan komitmen Azam pada sesuatu yang lebih penting yakni akademik..chaiyok2!!
P/S : Kepada yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan bakal penerima Anugerah Dekan pada "Majlis Anugerah Dekan" (MAD) semester hadapan, ucapan tahniah la daripada Azam ok..Azam mungkin jadi pengacara majlis saja di MAD hadapan seperti MAD yang lalu..hehe..kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi pada semseter hadapan..tingkatkan prestasi dan fokus pada komitmen!! janji hepi...weeeeeeeee~
No comments:
Post a Comment