Hari ini aku hanya kebosanan duduk di rumah..selesai tugasku menjadi Pemimpin Minggu Destini Siswa (PMDS) membuatkan aku sedikit kehilangan tenaga tapi aku gembira..bermula dengan pengalaman kursus PMDS di UiTM Segamat, Johor..aku dilantik menjadi ketua untuk kumpulanku iaitu "Merong Mahawangsa" (nama yang aku sendiri berikan kerana temanya 'superhero')..semua ahli kumpulanku hanya bersetuju kerana mereka turut tidak punya idea walaupun sedikit lari dengan temanya namun kami meneruskan sahaja sehinggalah hari terakhir KPMDS apabila kumpulan kami dinobatkan pemenang "Kumpulan Paling Puitis" (katanye...) berdasarkan cheers kumpulan kami yg mengambil tagline dari filem epik popular karya KRU itu..aku seperti biasa ditugaskan menjadi pengacara majlis untuk majlis penutup kursus pada saat akhir (seperti KPMDS lepas di Penang) aku turuti kerana aku seperti diduga diletakkan dalam Biro Program, Protokol dan Fasilitator pada kali ini..dan seperti yang ku hajatkan, aku ditempatkan di UiTM Kampus Puncak Alam yang tersergam indah itu..
Bas bertolak pulang ke UiTM Shah Alam terlebih dahulu kerana aku perlu mengambil beberapa baju dan perkakas keperluan ku yg lain sebelum boleh ke Puncak Alam..Aku, Jannah, Deqbang, Nua, Azlie dan Riza kemudiannya terus bertolak ke Puncak Alam selesai urusan memunggah dan mengemas barang masing2..kami tiba di sebelah malam untuk urusan 'check-in' bilik..ternyata kebanyakan rumah telah penuh dan kami tidak boleh tinggal bersama..Jannah tidak punya masalah kerana sebilik dgn Farah..aku pun terus mengisi mana2 bilik yg ada dan menetap di Blok A5 sehingga hari terakhir MDS..
Tugasku sebagai PMDS di UiTM Puncak Alam sesi ambilan Mei 2011 bagi Asasi Sains, Kejuruteraan serta Diploma Sains Kesihatan bermula!! kepenatan dan ketegangan kian dirasakan..'meeting' yg dilakukan utk biro program tak usah dhitung memang tak terkira banyaknya..urusan menyiapkan 'Running Order', 'Master Plan', LDK dan sebagainya membuatkan kami hampir tak keruan..sehinggalah tiba ambilan pertama yg kami gelar sebagai pelajar "Wave 1" (memakai tag merah) tiba di Puncak Alam..Alhamdulillah apa yg kami rancangkan berjalan dgn lancar cuma hanya berlaku kesilapan kecil sahaja semasa sesi Taklimat MDS di Ruang Solat Utama (RSU) Kolej Angsana..aku pula memang ditugaskan menjaga PB (pelajar baru) dari Wave 1 dan aku mendapat kumpulan yg lebih kecil utk sesi LDK dan "Road Tour Kampus" iaitu M11..
Masuk hari kedua MDS tiba kumpulan pelajar yg kami gelar "Wave 2" (memakai tag biru)..sementara mereka masuk, aku perlu membawa grup aku iaitu M11 (yg semuanya terdiri daripada pelajar siswa, eh ada seorang siswi laaa..) untuk dibawa ke Satelit B untuk proses pendaftaran akademik mereka..sementara menunggu proses pendaftaran yang agak panjang sehingga ke tengah hari, aku membawa mereka ke lawatan PTAR (Perpustakaan Tun Abdul Razak) dan ke DK (Dewan Kuliah) bagi menonton tayangan filem "Dilarang Masuk"..di kesempatan itu juga aku benarkan mereka untuk berehat dan melelapkan mata buat seketika (termasuk lah fasi yg menjaga mereka..hehe..) Selesai proses pendaftaran akademik mereka, aku pun membawa mereka makan tengah hari dan meneruskan sesi LDK di sebelah petang dan malamnya...(bermula dari sini aku mendapat trademark "weeeeeeee~" dari kumpulan M11...)
Hari ke-3 memperlihatkan kesesakan di Puncak Alam semakin menjadi - jadi apabila masuk kumpulan pelajar yg kami gelar "Wave 3" (memakai tag kuning) dengan jumlah total pelajar baru yg mendaftar masuk seramai lebih kurang 2500 org..sementara aku menguruskan Wave 1 dengan sesi LDK sehingga sebelah petang, aku membawa grup M11 ku untuk ke sesi "road tour campus"..(aku sempat menukar seorang siswi di grup ku kepada siswa kesemuanya bagi memudahkan perjalanan dan supaya mereka lebih serasi bersama) Aku kemudiannya membawa mereka turun ke Satelit B menggunakan jalan bukit..mujur cuaca tidak berapa panas..tiba - tiba datang idea mengejut untuk membawa mereka ke puncak bangunan menara Satelit B iaitu di tingkat 18 Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat (FPTP)..aku mulanya sgt risau dgn ketinggian seperti itu dan perlu menjaga 57 org siswa sgt membuatkan aku seriau...(anak orang kot) kalau terjadi apa -apa pasti aku yang bertanggungjawab!! selesai mengambil gambar di atas puncak bangunan tersebut, kami pun lalu turun dan singgah sebentar di 'Bulatan Perjuangan' dan bergambar bersama2 M11 dan kembali ke Satelit A iaitu kolej dengan menaiki tangga yang tinggi (tangga ke pintu syurga) untuk menikmati makan malam..wajah kepenatan jelas terpancar di riak wajah masing2 namun aura kepuasan dengan pengalaman yg sgt berharga pastinya takkan dilupakan sampai bila - bila...sesi "Idolaku" diadakan di sebelah malam di KKPR (Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia) bagi menghargai jasa ibu - bapa yg telah membesarkan kita..aku dengan penuh dayanya menonjolkan riak emosiku untuk menyuntik emosi yg sama kepada PB...Jannah turut menangis bersama - sama..(agak teruk juga kami menangis)..kelihatan beberapa siswi yang tumpas dgn emosi pada malam itu manakala pelajar siswa pula masih belum mampu tunduk dengan ego masing2...
Hari berikutnya dilalui dengan sesi LDK, Ceramah dan juga Taklimat yang sangat bosan...aku pun hanya menjalankan tugas menjadi pengacara majlis, PIC (Person In Charge) dan lain2 skop tugasan dalam biro ku..aku ditugaskan dalam Team A dibawah pimpinan Ajim..Malam Bersama PM dan MPP diadakan pada harin kedua terakhir..malam itu ternyata penuh dgn emosi dan perasaan..masing2 tidak mampu menahan air mata lagi memandangkan ada antara PM pada kali ini hanya mampu meneruskan perjuangan mereka sebagai PM buat kali terakhir kerana terikat dgn tempoh belajar mereka di UiTM..malam itu juga diadakan sesi fotografi PM (Fasi yang menjaga grup masing2) bersama dengan PB mereka...tiba masa aku bergambar dengan grup M11 ku, dan kemudiannya aku menemani mereka pulang sehingga A2..macam2 perangai mereka, agak nakal..pasti aku akan merindui saat itu...tiba di hari terakhir MDS aku mula merasakan kegembiraan selesai menjalankan tugas tanpa kesalahan yang besar tetapi bercampur dengan emosi kesedihan yang bermain sama di benak fikiranku..meninggalkan kampus Puncak Alam dengan sejuta macam kenangan bersama PB terutama dari grup M11 memang satu saat yg emosional..saat melepaskan PB semua bebas umpama burung yang lepas keluar dari sangkar, berpusu - pusu PB menyerbu PM2 yang berada di hadapan pentas KKPR...aku antara yg tidak terkecuali (maklumlah muka ku antara yg kerap berada di hadapan pentas utk menghiburkan meraka, mengajar lagu UiTM, membuat pengumuman dan tak dilupakan muka paling kerap muncul dalam 'montaj final' yang disediakan oleh Biro Multimedia & Seranta)..aku seolah - olah menjadi popular secara mendadak..tak perlu diceritakan pengalaman tersebut...cukup buat disimpan di dalam fikiran ini kerana ianya antara yg termanis pernah ku lalui...
Sebelah petang, selesai bersolat jumaat di RSU masing2 pulang ke bilik utk membuat 'clearance' dan 'check-out' bilik dan rumah di Bilik Gerakan MDS (yang menyimpan pelbagai kenangan termasuk rakaman 'scene' gempa bumi, siling runtuh, banjir dan sebagainya..) di sini jugalah tempat kami PM MDS melepaskan kepenatan dan sebagainya kini tinggal memori yg telah tercipta...selesai segala urusan tersebut, Aku, Jannah, Nua, Deqbang dan Azlie pulang ke Shah Alam dan meninggalkan Puncak Alam dengan 1001 kenangan bermakna...setibanya di Shah Alam, kami terus bersiap dan pergi menonton wayang filem "Karak - Laluan Puaka" bersama - sama Zamri, Faridah dan lain2 di TGV Jusco Bukit Tinggi...lepas semua yang terbuku di hati...
P/S: pada sesiapa PM atau PB yang belum menyertai grup MDS Sesi Mei 2011 UiTM Puncak Alam tu, silalah join segera ya..semoga ukhuwah yang terbina itu akan terus terjalin selamanya...Insyaallah...TQ..janji hepi..weeeeeeeeeeeeee~ ^_^
THE END...
minggu destini siswa sangat best!!! Thanks to kakak n abg yg banyak membantu kami!! :D
ReplyDeletealhamdulillah...same2..thankz gak ye...weeeeeeeee~
ReplyDeletebetul2:))mcm2 tepuk kite blaja..plg smart break..plg comel tarian tommy..plg touchin lagu 'masihkah kau igt'..n byk lgi lah plg2 lain..very good job yg abg2 n akak2 pm skalian..kngn kita bersama akn sntisa terphat dihati.(pahat gune skru kalis air tau,takkan mdh lesap dan karat):P love u alls <3
ReplyDelete#bila lg dpt dgr suara abg azam an?suke part yg mngarut2 uw,,hahaha
hahaha...baru berkesempatan jenguk blog ni balik..hehe..tq2...nk dgr suara abg membebel??tak best kot..hhaha.. weeee~
ReplyDelete