Wednesday, March 23, 2016

DHANIYA - Peserta Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 5


Dhaniya telah pun menjuarai carta undian bagi Peserta Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 5 dengan 152 undian mengatasi DINDA yang mengekori rapat dengan 142 undian. Tahniah diucapkan sekali lagi dan seperti yang dijanjikan, Dhaniya akan menghiasi ruangan post Blog Azam Reddy untuk kali ini. Jom kita berkenalan dengan lebih rapat bersama Dhaniya.


Nama : Nur Dhaniyah Abd Khalid 
Umur : 20 tahun 
Tarikh Lahir : 21/08/1996 
Asal : Kuala Lumpur 


Beliau merupakan anak sulung dari tiga orang adik beradik. Berketurunan Melayu campuran Filipina dan Bugis, Dhaniya amat meminati bidang modeling sejak kecil lagi . Warna kesukaan beliau pula adalah warna warna pastel yang lembut . Dhaniya bercita cita ingin mencapai segala impian beliau di masa akan datang. Pihak Blog Azam Reddy ada melakukan sedikit temuramah bersama dengan beliau mari sama - sama kita dekati beliau. 


Q1 : 
Apakah Dhaniya mempunyai pengalaman dalam bidang modeling sebelum menyertai pertandingan ini?

DHANIYA : 
Pengalaman baru lagi , first saya beraksi di depan camera semasa saya berumur 16 tahun dan ada on off , first time saya masuk competition iaitu Project SG5. Alhamdulillah saya pernah baru baru ni menjadi model Amy Mastura utk launching tudung beliau.

Q2 :
Ada apa - apa perancangan untuk bergiat lebih aktif dalam bidang ni?

DHANIYA :
Ya mesti , saya nk kembangkan lagi bakat saya dan menjadi pemangkin kepada model muslimah di luar sana. In shaa Allah.

Q3 :
Siapa sebenarnya yang memberikan galakan untuk menyertai bidang ini? dan siapakah inspirasi anda dalam dunia modeling?


DHANIYA :
Kalau nak cakap inspirasi dalam bidang modeling ramai sangat. Saya nak sebut antaranya Soo Wincci. Bagi yang memberikan sokongan dan galakkan pula sudah semestinya keluarga saya.

Q4 :
Pengalaman manis dan pengalaman pahit semasa menyertai Project SG?

DHANIYA :
Pengalaman manis sayaa hmmm..hehehe banyak juga dapat kenal yg lain dalam Project SG yang sangat happening dan kenangan pahit pula bila saya lost masa shoot saya tak dapat fikir nak pose apa semua, saya kurang sihat masa tu.


Q5 :
Soalan terakhir, apakah harapan anda dalam dunia modeling ini?

DHANIYA :
Harapan saya saya berharap sangat saya dapat pergi lebih jauh lagi, teringin nak menjadi model muslimah di luar negara.


Sumber gambar dari laman Facebook rasmi SHAH Photography .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers