Thursday, December 17, 2015

Mister Planet Malaysia 2016 Kembali Lagi


Mister Planet Malaysia yang telah banyak melahirkan model dan jurucakap ini kembali lagi bagi mencari susuk tubuh jejaka yang bakal mewakili Malaysia pada tahun 2016. Secara rasminya, Malaysia United Nations Pageants (‪#‎MUNP‬) memperkenalkan 16 peserta yang dipilih mewakili 16 buah negeri untuk bersaing dalam pertandingan pageant lelaki terunggul di negara ini iaitu Mister Planet Malaysia 2016 (‪#‎MPM2016‬).

Menerusi beberapa peringkat saringan termasuklah ujian kecerdasan mental dan kecergasan fizikal, inilah 16 yang terbaik berbanding ramai lagi calon lain yang telah mengikuti program pendek sesi uji bakat yang diadakan bermula April sehingga Oktober tahun ini.

Tahniah diucapkan buat kesemua finalis dan diharap, peluang yang telah diberikan dapat digalas dengan baik, sekali gus berjaya dinobatkan sebagai juara Mister Planet Malaysia yang baharu.

Selain pemenang tempat pertama, finalis lain yang komited juga berpeluang untuk diangkat sebagai Mister Malaysia mewakili negara ke peringkat dunia dalam beberapa pertandingan francais yang lesennya dimiliki oleh MUNP seperti Mister Global Malaysia, Mister Universal Ambassador Malaysia, Mister United Continents Malaysia dan Mister Pan-Continental Malaysia. 

Bertemakan ekopelancongan domestik, MPM2016 yang memasuki musim ketiga mendapat kerjasama agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta diberi pendedahan awal berhubung banyak aspek yang membentuk personaliti para finalis. 

Bukan sahaja diberi pendedahan mengenai dunia fesyen, mereka turut berkesempatan mengenali lapangan seni lain seperti lakonan, iklan komersil dan sebagainya. 

Pageant bukanlah model tetapi peranannya lebih besar daripada itu iaitu menyediakan platform lebih baik untuk setiap finalis dalam membina sahsiah diri, seterusnya mampu dijadikan ikon oleh generasi muda lain. 

Pada masa yang sama, kempen melestarikan alam menjadi tunjang utama penganjuran program ini bagi memastikan kesinambungan untuk generasi akan datang agar dapat menghirup udara bersih tanpa toksik. 

Jom kenali peserta Mister Planet Malaysia 2016 kali ini. (Klik pada link nama mereka untuk maklumat lanjut mengenai mereka di lama Facebook masing - masing)



FAUZI MOHAMAD (27 TAHUN)


ZARUL ZAQWAN (26 TAHUN)


WAZIEN ADIL (21 TAHUN)


SHAHRUL AZHAR (20 TAHUN)


WAN AMIRRUL (25 TAHUN)


NAZIRUL MUBIN (25 TAHUN)




KHAZA MIZTY (21 TAHUN)


IKHWAN IBRAHIM (25 TAHUN)


FITRY MUSTAFA (26 TAHUN)


HAFIZ NOLAN (24 TAHUN)


FAIZ AZHARAN (21 TAHUN)


FAEZ BAHARUDDIN (24 TAHUN)


ASYRAF DASLEY (24 TAHUN)


AZWAN AABAS (24 TAHUN)


AIMAL HAFIZZI ( 21 TAHUN)




Justeru, buat semua penyokong MPM selama ini, teruskan sokongan anda terhadap peserta pilihan masing-masing dan setiap kritikan membina diharap dapat dilontarkan demi kebaikan bersama. 

Sumber gambar dan info kredit dari laman Facebook rasmi Mister Planet Malaysia

P/S : Sebenarmya Am sudah ada "hot pick" dan "favorite" sendiri dalam MPM pada kali ni. Siapakah beliau biarlah menjadi tanda tanya dan rahsia. Sudah lama Am support beliau kerana paling nampak potensi dan aura beliau untuk mewakili Malaysia. Tapi apapun barisan peserta yang mewakili MPM pada kali ini begitu hebat dan pastinya akan memberikan persaingan yang sangat sengit. Mungkin Am akan pertaruhkan gelaran "MPM Pilihan Azam Reddy" kat blog ini nanti. Pemenang akan mendapat penulisan review khas daripada penulis. Sekian terima kasih.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers