Minggu ke - 2 Project SG : Prodigious Model Search Musim ke - 5 kali ini bertemakan "Your Weakness Is Your Strength" Menariknya minggu ini, kesemua peserta diberi peluang untuk bergambar dengan hanya SATU frame maksudnya mereka perlu bergaya dengan satu snap syot sahaja. Hebat bukan? Ini adalah cabaran besar buat mereka semua. Jom kita lihat prestasi dan review gambar - gambar mereka pada minggu kedua ini.
DINIE boleh dikatakan menguasai gambar pada minggu ini. Dengan sekali syot eksperesi wajah serta gaya badan yang diberikan cukup sempurna! Kelihatan DINIE cukup seksi dan menggoda dalam gambar ini dengan renungan mata yang cukup tajam. 9/10 untuk DINIE minggu ini.
DHANIYA memberikan gaya yang boleh dikatakan "strong" terutama melalui gaya tangan walau hanya dengan sekali syot sahaja. Raut ekspresi wajah pula ada penekanan di renungan mata beliau. Apapun 8/10 markah buat DHANIYA pada minggu kedua ini.
SHA dari segi gaya masih boleh diperbaiki mungkin terlalu mendada akan tetapi beliau berani memberikan gaya sedemikian. Untuk ekspresi wajah pula SHA perlu memperbaiki pengayaan bibir beliau yang kelihatan terlalu muncung, perlu lebih relaks dan masih mengekalkan wajah yang "strong". Markah SHA untuk minggu ini, 7/10 markah.
EPY punya ekspresi wajah yang tajam dan menarik. "Elephant Ears" nampaknya memberikan kelebihan buat beliau minggu ini. Cuma dari segi penggayaan tangan nampak sedikit kekok dan keras. Mungkin jika gaya tangan dan tubuh beliau tidak menampakkan beliau sedikit bongkok mungkin EPY akan kelihatan lebih hebat. Markah EPY untuk minggu ini 7/10 markah.
RUWAIDAH seperti biasa memberikan prestasi yang cukup baik sepanjang 2 mingu berturut - turut ini. Ekspresi wajauh RUWAIDAH cukup "strong" cumanya beliau memberikan gaya yang sedikit "play safe" dan beliau sepatutnya boleh menjadi lebih berani. Markah untuk RUWAIDAH minggu ini 8/10 markah.
ALYANA terlalu mendongak dan membelakangkan wajahnya yang sepatutnya mampu untuk menarik perhatian ramai itu. Ekspresi wajah terutama penggayaan bibir YANA perlu lebih relaks dan tidak menampakkan beliau terlalu tegang. Jika YANA menundukkan wajah beliau sedikit untuk kamera pasti lebih banyak markah untuk beliau. Markah YANA bagi minggu ini adalah 7/10 markah.
AHMAD SHAH mampu memberikan emosi wajah yang menarik. Kening yang sedikit terangkat dan renungan mata yang tajam cukup untuk membuatkan lebih ramai orang tertarik untuk melihat gambar ini. Dari segi gaya mungkin SHAH perlu mengeluarkan tangan dari poket kerana gaya itu membuatkan SHAH tidak nampak yakin. Markah untuk SHAH minggu ini adalah 7.5/10 markah.
SHAFIE dari segi ekspresi wajah nampak sangat tenang tetapi cukup meyakinkan. Tidak perlu menunjukkan wajah garang namun ekspresi yang redup itu buat orang yang melihat akan merasa tenang. Namun SHAFIE perlu perbaiki banyak dari segi gaya kerana gaya SHAFIE terutama tangan itu kelihatan sangat pelik terutama tangan kiri beliau. Markah SHAFIE minggu ini 7/10 markah.
THIYA juga antara yang memberikan gaya yang selamat pada minggu ini. Nampak sedikit lemah dan kurang keyakinan. Ekspresi wajah juga tidak terlalu kuat dan meyakinkan. Namun THIYA masih lagi kelihatan jelita dan anggun dalam gambar minggu ini. Markah untuk THIYA minggu kedua ini adalah 7/10 markah.
DANNY nampak lebih yakin pada minggu ini. Lebih baik berbanding minggu lalu namun DANNY perlu lebih banyak belajar mengenai penggayaan. Dari segi ekspresi wajah, DANNY juga lebih baik berbanding minggu lalu. Markah buat DANNY minggu ini adalah 7.5/10 markah.
DINDA nampaknya memberikan gaya yang juga boleh dikatakan terlalu "selamat". Nampak DINDA seperti belum lagi mengeluarkan 100% potensi dalam diri beliau. Ekspresi wajah DINDA meyakinkan tetapi sedikit nampak lemah dan tidak "strong". Markah buat DINDA minggu ini adalah 7/10 markah.
AZZUE punya wajah yang komersial namun beliau memberikan ekspresi wajah dan gaya yang kurang meyakinkan dan sedikit lemah. AZZUE perlu meningkatkan tahap keyakinan beliau untuk memberikan yang lebih baik selepas ini. Jika beliau lebih yakin pasti gambar ini akan jadi lebih menarik. Markah buat AZZUE pada minggu ini adalah 6.5/10 markah.
AERON nampaknya memberikan gaya yang sangat lemah untuk minggu ini dan kelihatan sangat "awkward". Tiada keyakinan langsung baik dari ekspresi wajah dan penggayaan tubuh. Mempunyai susuk tubuh yang tinggi sepatutnya memberikan keyakinan dan kelebihan buat beliau dari segi penggayaan namun gambar ini terlalu selamat. Markah buat AERON minggu ini adalah 6/10 markah.
P/S : Markah yang diberikan dalam review blog ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis. Jadi siapakah yang akan tersingkir?Tunggu dan lihat dalam review yang akan datang. Teruskan melayari dan mengikuti laman Facebook Rasmi SHAH Photography untuk perkembangan terkini!!
No comments:
Post a Comment