Tanggal 25 Julai 2009 (Sabtu)
Permulaan hari ini,aku bangun agak awal berbanding rakan2 sebilik ku yg lain..seawal jam 5.30am aku sudah bangkit dari tidurku utk mempersiap diriku bg aktiviti pada pagi ini..segar rasa diri ini apabila disimbahi air pancuran yag sejuk bersama hening pagi..selesai subuh,aku terus menyarungkan jersi masscomm all star melengkapi sport attire ku..aku pun terus menghubungi beberapa rakan2 ku yg lain menerusi sms dan panggilan telefon utk mengajak mereka pergi bersama2 dgn ku kerana sejak semalam semasa berada di stadium mereka begitu berkobar2 utk ikut serta..akan tetapi jawapan yg aku terima mmg negatif..sms ku tidak berbalas,panggilan ku tidak diangkat dan disahut..mungkin mereka masih sedang ketiduran lg kerana kepenatan yg tidak terjangkau minggu ini,dapat berehat utk satu masa yg lama umpama nikmat yg tidak terungkapkan oleh kata2,aku amat memahami perkara tersebut..aku juga turut merasai hal yg sama tetapi demi sebuah tanggung jawab dan janji smlm,aku gagah kan diriku jua,lagi pula hari aku juga pasti bosan jika tidak diisi dgn apa2 aktiviti..aku menerima panggilan dr abg Fayadh yg bertanya kan keberadaanku ketika itu,mungkin juga itu satu "wake up call' bg memastikan yg aku sudah pun sedar dr lena ku dan bersiap pd awal pagi itu,beliau menyuruh ku utk menunggu di perhentian bas berhampiran Kolej Jati..aku turuti permintaan abg Fayadh tersebut..aku pun dgn pantas melangkah keluar dr bilikku dan menunggu di tempat yg dijanjikan seorang diri..setelah beberapa ketika,telefon bimbit ku berbunyi lg,hanya seorang dua yg memberitahu ku yg mereka tidak dpt bersama2 dgn ku pd pagi itu kerana mahu pulang ke kampung halaman mereka..satu jawapan yg sudah ku duga dr semalam lg..
Aku pun menunggu dgn penuh sabar tepat jam 6.30am spt yg dijanjikan seorang diri..perhentian bas pd pagi itu agak sunyi,mungkin juga ramai warga kolej telah pulang ke kampung halaman masing2 atau belum bangkit dari keasyikan tidur mereka..lebih kurang pukul 7.00am,kereta yg dipandu abg Fayadh megah menyusur jalan raya dan berhenti di lokasi aku menunggu..aku pun menaiki kereta itu dan dibawa ke dalam kampus,perhentian bas Kolej Teratai kerana bas UiTM sudah pun menunggu kami di sana utk membawa kami ke lokasi program yg sebenar secara beramai2 iaitu Dataran Merdeka Kuala Lumpur..setibanya di situ,aku dpt lihat yg bilangan peserta mmg tidak ramai,juga sudah ku duga perkara tersebut,hanya beberapa wajah yg aku kenali dan cam selebih nya masih baru bagi ku kerana aku pasti mereka adalah senior2 ku..selesai menulis nama dan beberapa butiran lain di atas sehelai kertas putih,aku pun menaiki bas UiTM tersebut..
Aku memilih utk duduk di barisan belakang sekali..perjalanan pd pagi itu agak lama bagi ku ditemani suasana tipikal di dalam bas,ada beberapa ketika hiruk pikuk kedengaran..aku duduk dan menikmati pemandangan sekitar lewat jendela bas..setibanya di dataran merdeka,kami pun terus mendaftar dan mendapatkan "goodie bag" yg diberikan secara percuma kpd orang awam yg berdaftar bg program yg diberi nama B2R (kalau aku tak silap..) selesai mendaftar kami pun menuju ke tempat di mana sarapan pagi percuma disediakan dan menikmati hidangan nasi lemak sotong..sesudah perut kami diisi,kami pun melawat gerai2 di sekitar venue program,pelbagai barangan menarik dijual tetapi hatiku tidak bernafsu utk membelinya,mungkin juga kerana masalah kewangan yg sedang aku hadapi saat ini,aku harus belajar berjimat..habis satu dataran merdeka kami kelilingi,aku pun mengambil keputusan utk mengikuti senior2 ku beredar dan berjalan2 sekitar metropolis Kuala Lumpur yang aku kira2 sudah lama tidak ku terokai..
Aku tidak menyia-nyiakan pelawaan dan peluang tersebut,hampir 6 tahun lebih aku tidak berjalan2 sekitar KL yg terkenal dgn kesibukannya itu kerana masalah kewangan keluarga sejak ayahku meninggal dunia..kesempatan yg ada aku gunakan dgn meneroka KL bersama senior2 ku,satu pengalaman yg tidak mungkin aku lupakan semasa berada di semester satu ini..aku kembali terkenang detik2 aku pernah bersama2 arwah ayah dan keluarga ku menghabis kan masa lapang di sini suatu ketika dahulu..hatiku menjadi sedih dan sebak mengenangkan detik indah tersebut,nostalgia yg kembali berputar di kotak fikiran ku tetapi tidak ku gambarkan di bebola mata ku..aku cuma diam buat beberapa ketika..kami singgah di Sogo kerana ada jualan murah pd jam 9.30am..awal pagi lagi sudah ramai warga2 KL (aku pasti bukan dr KL sahaja) sudah pun membanjiri ruang legar Sogo tersebut..kami disambut dgn layanan mesra dr staf2 di situ dan dihidangkan dgn secawan kecil teh panas..setelah pintu dibuka seawal jam 10.00am,kami pun meluru masuk sambil di sapa dgn ucapan mesra selamat datang dr staf2 di situ sekali lg..aku hanya dpt memerhati,kesemua barangan yg ada di situ sgt berjenama dan ada antara nya tidak pernah ku dengari (mungkin juga aku agak ketinggalan mengenai hal2 spt ini)..bagiku cukup pakai adalah perkara yg aku titik beratkan,ada ketika nya aku terpaksa menolak ke tepi soal keselesaan dan jenama atas sebab yg aku rasa tidak perlu ku nyatakan lagi..jd tugas ku di situ hanya dpt melihat tetapi tidak dpt merasa..
Selesai "window shopping" di Sogo,kami pun naik ke tingkat atas utk menikmati beberapa hiburan..aku menyertai abg Fayadh dan rakan2 nya yg lain berkaraoke beberapa buah lagu dan kemudiannya beredar dr tempat tersebut dgn hati yg seronok dan girang..jam hampir menunjukkan pukul 12.00pm,seperti yg dijanjikan bas UiTM akan mengambil kami di tempat yg ditetapkan berhampiran lokasi kami diturunkan tadi di dataran merdeka..kami pun bergegas ke sana supya tidak ketinggalan..akhirnya kami menaiki bas tersebut menuju pulang ke Shah Alam..suasana di dalam bas tidak lagi sama seperti dalam perjalanan pergi tadi..suasana perjalanan pulang di dalam bas lebih sunyi,mungkin kerana ramai yg sudah tertidur kerana kepenatan..
Tiba di UiTM Shah Alam,kami pun membawa haluan masing2 tetapi aku mengikuti abg Fayadh dan teman2 nya utk singgah makan tengah hari di Restoran Soto yg bertempat di seksyen berapa aku sendiri pun tidak pasti kerana aku sendiri masih agak blur,keliru dan asing dgn Shah Alam ini..aku pun mengambil nasi putih dan beberapa hidangan lauk pauk yg menyelerakan,membayar nya di kaunter dan mengisi perutku..sesudah menjamu selera smbil berbual2,abg Fayadh pun menghantar ku pulang dgn keretanya menuju ke Kolej Meranti..setibanya di hadapan pagar kolej,aku pun mengucapkan terima kasih kepada beliau lalu melangkah lesu menuju ke bilik kerana keletihan yg teramat sgt..ku lihat bilik ku kosong tanpa berpenghuni,semua sudah pulang ke rumah,hanya aku yg masih setia di sini sehingga hari selasa tiba kerana aku masih ada tanggung jawab yg perlu aku laksanakan pada hari Isnin nanti di Hotel UiTM..aku pun terus tertidur dikatilku utk beberapa ketika,ah nikmat nya...
Sesudah menikmati rehat yg agak lena,petang tersebut kira2 jam 6.00pm aku keluar dan singgah di kafe siber utk mengemaskini blog ku ini..aku sudah pun mula merasakan tekanan kebosanan yg bakal ku hadapi pd malam tersebut..selesai berada di kafe siber hampir 1 jam lebih,aku pun pulang ke kamar ku..malam itu aku sudah kebuntuan dan kebingungan di dalam bilikku..hanya tuhan sahaja yg tahu betapa bosan dan terseksanya aku terkurung di sini tanpa melakukan apa2..mahu menelaah buku2 pelajaran aku tiada mood utk melakukannya,mahu ajak teman2 ku yg lain keluar semua sudah pulang ke rumah masing2..jadi aku pun mengambil keputusan utk kelur dari bilik sunyi tesebut pd jam 8.30pm seorang diri mengelilingi seksyen 2 mcm org gila..mundar mandir tanpa arah tujuan,tiada makna apa apa sehingga jam menjengah detik 11.00pm..aku pun pulang ke kolej tanpa sebarang hasil sebalik nya hanya kebosanan yg berjaya menambat hari dan menjengah ke perasaan ku malam ini..arghh..ingin sahaja aku meluahkan perasaan hati kecilku yg sudah pun memberontak dan menjerit,"Keluarkan Aku Dari Sini!!!"..aku pun terus tidur walaupun aku sebenarnya tidak mengantuk..aku hanya ditemani malam yg sunyi dan gelap,begitulah pengakhiran hariku..
No comments:
Post a Comment