Isu mengenai Astro ni rasanya dah genap seminggu pun tetapi baru sekarang Azam nak berbahas mengenai perkara ini..macam mana Azam baru nak terdetik nak menulis mengenai ini??senang sahaja, sejak kebelakangan ini Azam menonton Buletin Utama setiap malam..jadinya terkeluar la berita mengenai kadar bil dan pakej Atro meningkat..mulanya memang la rasa tak puas hati terhadap Astro..mengapa perlu naikkan harga lagi?sedangkan mutu perkhidmatan mereka masih ada yang kurang memuaskan..dan isu ini menimbulkan suara di dewan rakyat...Pihak astro terlampau memikirkan keuntungan dari menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi pelanggan mereka..ternyata ada surat dari pusat penyiaran itu bahawa bil atau caj pakejnya akan dinaikan sehingga RM15 kalau tak silap..
Azam memang tak kisah walaupun Azam antara pelanggan kepada rangkaian stesen berbayar tersebut..cuma hairan apabila hampir setiap hari TV3 menyogokkan berita mengenai Astro tersebut..apa motifnya??hehe..persoalan di situ jadi anda rasakan boleh fikirkan sendiri..mereka mengadu yang Astro asyik mengulang cerita yang sama saban kali, kemudian cerita sinetron yang terlampau banyak seolah olah berlaku lambakan cerita seberang di Astro..apa kes??kemudian mereka bising lagi terlampau banyak iklan di Astro sedangkan mereka membayar setiap bulan bukan untuk menonton iklan di TV..cuma Azam rasakan kebanyakan iklan yang ditayangkan adalah iklan mengenai saluran dan rancangan mereka sendiri..yang pada Azam adalah perlu untuk memastikan pelanggan mereka tahu tentang jadual tayangan cerita atau program baru mereka..
Kemudian rungutan turut didengari mengenai perkhidmatan mereka yang masih belum meningkat kualitinya..bila hujan saja, pasti siaran akan terganggu..pada Azam isu ini juga sudah lapuk..bukan apa sekadar berkongsi pengalaman..kerana dahulu Azam berkesempatan untuk membuat lawatan sambil belajar di Astro, Bukit Jalil dan berpeluang bertanyakan masalah ini terus kepada pihak yang terlibat..dan Azam memahami situasi yang perlu mereka hadapi..standard lah satelit..apabila signal parabola utamanya dipancarkan ke satelit di angkasa lepas untuk dipancarkan pula di bawah bagi pelanggan Astro menikmati yang terbaik memang banyak halangannya..cuaca yang membawa awan mendung terutamanya pasti menjadi penghalang utama gelombang siaran itu untuk menembusi piring Astro di rumah - rumah kita..Azam rasa perkhidmatan Astro telah meningkat sedikit jika dibandingkan dengan dahulu kerana jika dahulu baru hujan sikit dah hilang siarannya atau tertulis "Service currently not available" etc....unsur Astro "monopoli" juga menjadi antara isunya apabila Astro dikatakan tidak punya saingan dan pihak lain perlu membuat stesen TV berbayar yang mampu memberikan saingan kepada Astro, sekurang - kurangnya Astro tidak sewenang - wenangnya menaikkan harga..errmmm..pelik..bukan murah nak bangunkan stesen televisyen sendiri..amat berisiko!!
Akan tetapi yang buat Azam terfikir dan tersenyum sendirian apabila ada terdengar rungutan ahli parlimen yang mengeluarkan ayat sebegini "seperti ada unsur sabotaj, bila kita pasang Astro barulah terang kita punya siaran TV di rumah, jika tak pasang gambar jadi tak jelas dan cantik...nak tak nak kene pasang Astro"..errrmm...agak pelik ayat penyata yang dikeluarkan..anda fikirlah sendiri ya...berbalik kepada isu bil Astro naik, Azam dah juga meneliti pakej lain yang Astro tawarkan...mereka memperkenalkan pakej "Superpacks" (klik SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang pakej ini) yang mula berkuatkuasa mulai 11 Julai ini..apa yang Azam perhatikan pakej baru ini agak berbaloi dan menarik perhatian..mendapat hampir kesemua pakej dan saluran yang ditawarkan Astro termasuk Astro Tayangan Hebat (Box Office), perkhidmatan Byond (berdefinisi tinggi) dan PVR (Personal Video Recorder) yang membolehkan kita merakam apa jua rancangan di TV sememangnya amat berbaloi dengan harga RM125 sebulan..kira lebih murah lah dari pakej yang Azam sedang langgani sekarang (tidak semua saluran ada)..anda fikirkan lah sendiri mana yang terbaik ya...
P/S : Azam sendiri tak membantah dan tidak pula menyokong tentang isu kenaikan harga bil bayaran Astro ini kepada pelanggannya..dulu isu mengenai Astro FIRST...sekarang ini pula..pasti Astro ada sebab tersendiri mengapa mereka menaikkan harga pakej mereka..alasan yang didengar kos menyelenggara mereka agak tinggi ditambah dengan bayaran hakcipta program..entah la...pihak lain juga ada sebab sendiri mengapa mereka menentang hebat tindakan Astro tersebut..apa - apa lah, yang penting bila ada Astro dapat jugalah menonton cerita yang pelik - pelik...hahaha....Astro Macam - Macam Ada.. janji hepi..weeeeeeee~
No comments:
Post a Comment