Tuesday, July 28, 2009

Selamat Tinggal Shah Alam..Seremban..Aku Pulang!!!

Tanggal 27 Julai 2009 (Isnin)

Pagi ini aku bangkit dari mimpi ku tepat jam 7.45am..aku terus bersiap untuk ke Hotel UiTM bagi menjayakan sebuah majlis pelancaran buku mengenai "Terrorism" di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dgn kerjasama dr UiTM..abg Tash pun menghantar ku ke event berkenaan dr rumahnya..aku tidak berapa sihat pada hari itu akibat selsema dan batuk..namun demi sebuah tanggungjawab dan amanah yg diberi aku gagahi diriku ini biarpun dalam benak fikiran ku asyik memikirkan utk pulang ke seremban kerana kesemua teman2 ku sudah pulang ke kampung halaman masing2,pendek kata Kolej Meranti yg ku diami mmg sunyi dan sepi tanpa sebilangan besar warga kampus di dalam nya..aku melayangkan fikiran dan lamunanku ke luar jendela kereta..

Setibanya di Hotel UiTM yg terletak di dalam kampus utama,kami pun bergegas masuk utk latihan dan raptai..tugas ku pada hari itu hanya lah sbg seorg "usher"..tepat jam 2.00pm aku pun memulakan tugas ku..kehadiran tetamu ke majlis bersejarah itu tidak lah begitu ramai tapi sudah cukup utk mejadikan kerja ku sempurna pd hari itu..aku membantu mereka dgn pendaftaran,ada juga beberapa wakil dr kedutaan asing yg tiba dan kesemuanya dr negara2 Asia..selang beberapa ketika,kelihatan Menteri Pertahanan,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ditemani Naib Canselor UiTM,Tan Sri Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah melangkah dan menuju masuk ke Dewan Sri Impian..aku pun menyambut mereka dgn senyuman yg ku kuntumkan di bibir dan ucapan selamat datang..



Selesai sahaja upacara2 majlis tersebut pd pukul 5.00pm,aku pun mengambil beberapa gambar kenangan utk diabadikan nanti (hanya beberapa yg sempat aku lampirkan di sini)..fikiran ku masih mengenangkan sesuatu..erm...aku pun dihantar pulang ke kolej oleh abg Tash sesudah ku laksanakan tanggungjawab ku berkhidmat utk UiTM..selesai mengucapkan terima kasih dan mengambil barang2 milikku dr kereta,aku pun melangkah lesu menuju ke bilik kerana kepenatan dan sakit ku yg agak memburuk tetapi aku tidak mahu penyakit itu membayangi keadaan fizikal ku skrg jd aku pun membiarkan sahaja..sebaik pintu bilikku di kuak,aku lihat suasana yg sudah ku ramal,sunyi sepi tiada berpenghuni..aku melangkah kecewa dan terus merebahkn tubuh ku di tilamku yg empuk..aku bangkit semula pd jam 6.30pm selesai menikmati rehat yg tidak sempurna,hanya tidur2 ayam..aku menuju ke kafe siber sebentar utk mengemas kini blog ku ini (walaupun aku tahu tiada sesiapa yg sudi membacanya setakat ini)..aku kembali ke kolej jam 7.15pm..sesudah mandi dan bersembahyang maghrib,fikiranku buntu dan akalku mati..apa yg harus aku lakukan??jadi aku pun duduk berseorangan di KFC seksyen 2 tanpa berteman,seorang diri melayan perasaan..aku mengajak abg Fayadh utk menemaniku sebentar tetapi beliau pun baru pulang dr PPUM dan agak kepenatan,jd aku pun tidak mahu menggangu nya lg..

Setelah hampir setengah jam mengelamun dan termangu di situ tanpa hala tuju,hati ku tiba2 berdetik dan nekad utk pulang ke Seremban pada malam itu juga..tepat jam 9.00pm aku pun mengemaskan barang2 peribadi milikku dan mengangkat kaki ku beredar dr Kolej Meranti yg bagai tiada nyawa lagi sejak pengumuman cuti pertengahan semester diawalkan..aku memberitahu keluarga ku mengenai keputusan nekad ku itu..aku menunggu bas rapidkl U80 yg pada awal dan dasar nya tidak mahu ku naiki kerana agak gerun..namun ku gagahi lg perasaan ku..ah,hanya utk malam ini,abg Fayadh pun sudah mendoakan keselamatan perjalanku..bas itu pun bergerak menyelusuri kepekatan jln malam bandaraya..tiba di perhentian bas di hadapan Kompleks PKNS,kelihatan kelibat 2 org wanita buta menaiki bas yg sama dgn ku dan mengambil tempat duduknya..hati ku berfikir lagi,jika 2 org insan yg tiada nikmat pancaindera ini pun tidak gentar utk menaiki bas ini,mengapa aku harus berperasaan sangsi,soal nya ajal maut semua nya di tangan tuhan..jadi aku reda kan hati ku,menikmati pemandangan malam tersebut lewat jendela kaca bas..di dalam bas tersebut,aku sempat berkenalan dgn seorang gadis muda lingkungan umur 20an (pada dasarnya gadis tersebut lebih tua dr ku beberapa tahun) beliau bertanyakan padaku di mana harus dia berhenti jika mahu ke KL Sentral..sebagai org yg pernah menaiki U80 beberapa kali sebelum ini,aku pun menyarankan beliau utk mengikuti ku sahaja kerana kebetulan aku juga mahu berhenti di lokasi yg sama..

Setibanya di KL Sentral,pd jam 10 lebih aku pun memanjatkan syukur kpd Allah kerana menyelamatkan perjalanan bas ku tadi..selesai berbual pendek dgn gadis tersebut,beliau pun mengucapkan terima kasih kepada ku dan aku membalas nya dgn ucapan sama2 sambil mengukir senyuman..aku pun terus meluru ke kaunter KTM Berhad utk mendapatkan tiket komuter ke Seremban pd malam itu yg berharga rm6.00..fuh,lega hatiku kerana masih ada tiket yg menuju ke destinasi yg ku inginkan,jika tidak aku sudah pun merancang utk menginap di KL Sentral secara percuma sahaja sehingga aku boleh mendapatkan tiket pd keesokan pagi..aku pun meneruskan langkah kaki ku turun ke stesyen 6 dan menaiki komuter ke Seremban..suasana di dalam komuter agak sunyi,tidak ramai penumpang pada malam itu,jadi hanya beberapa gelagat manusia yg dpt ku lihat dan hampir kesemuanya perlakuan tipikal..tidur,membaca majalah,mendengar muzik di dalam komuter..mmg bosan,aku memilih utk menjadikan telefon bimbit ku sbg peneman ku yg paling setia sahaja dgn mendengar kan beberapa alunan lagu sambil mengirimkan beberapa sms kepada abg Fayadh utk dijadikan teman berbual..erm..lama lg perjalananku ini..

Akhirnya,setelah melapasi beberapa buah stesyen,aku pun tiba di stesyen terakhir iaitu kampung halamanku Seremban tepat jam 11.15pm..ah.leganya hatiku,alhamdulillah ingin sahaja aku menjerit "Aku sudah pulang Seremban!!!' aku bergegas keluar dr komuter dan melangkah laju menuju ke perkhidmatan teksi yg disediakan utk aku pulang ke rumah ku yg terletak di Taman Desa Rhu,Sikamat..aku pun tiba di hadapan rumah ku,selesai berbual2 ringkas dengan pemandu teksi tersebut dan menghulurkan not rm10 kpd beliau,aku pun melangkah keluar menuju masuk ke dalam rumah..seluruh isi rumah (keluargaku) masih setia menunggu ku biarpun jam sudah hampir menunjukkan lewat pkul 12.00 tgh mlm,kelihatan wajah2 mereka agak mengantuk dan mahu masuk tidur sebenarnya..aku gembira dan memanjatkan syukur sekali lg kpd Allah SWT,aku selamat tiba juga akhirnya..

Selesai merapikan diri ku juga yg agak kepenatan pd malam itu,sebelum masuk tidur aku sempat menyampaikan kiriman salam drpd abg Fayadh kpd keluarga ku dan mereka menyambutnya dgn baik..fuh,aku pun masuk ke bilikku dan merebahkan kepala ke bantal..kepala ku berdenyut2,aku dapat merasakan yg suhu badanku kian panas dan hangat..pening,sakit yg teramat sgt,mungkin demam menyerangku..aku tidak mahu mengadu kerana kesemua isi rumah sudah lena diulit mimpi,aku tidak mahu menganggu mereka..jadi aku pun mengambil keputusan utk menahan penyakit itu sehingga pagi..aku tidak dpt tidur,kira2 jam 4.00am barulah mata ku dpt dilelapkan,itu pun tidak lena kerana asyik terjaga akibat kesakitan yg melampau ini..aku berharap esok akn mnjadi lebih baik dari hari ini kerana hari ini harus lebih berharga dari semalam..itulah harapanku..

wassalam..

1 comment:

  1. nmpk sgt x de org pn yg sudi bace blog ni,sedih nye..x pe la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers