Kepada semua followers dan peserta Project SG : Prodigious Model Search Musim ke - 5 kali ini. Anda berpeluang untuk menabalkan Mr atau Ms Popular bagi pertandingan musim ini melalui undian di blog Azam Reddy. Undian menerusi poll dibuka bermula seawal minggu pertama pertandingan sehinggalah pertandingan ini selesai dan juara bakal ditabalkan.Teruskan undian anda dan promosi diri anda atau calon favourite anda tidak kira beliau masih kekal ataupun sudah tersingkir dari pertandingan. Caranya cukup mudah hanya pergi ke ruangan undian POLL di sebelah sisi kanan blog ini, TICK peserta pilihan anda (boleh memilih lebih dari seorang calon) dan hantarkan VOTE anda dengan klik pada butang VOTE. Mudah bukan?Teruskan sokongan anda buat kesemua peserta Project SG : Prodigious Model Search Musim ke - 5 ini!!
Saturday, December 26, 2015
Friday, December 25, 2015
Keputusan Minggu 2 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5 (Selamat Tinggal AZZUE dan AERON)
Tahniah diucapkan kepada DINIE yang mengungguli carta juri pada Minggu Kedua yang bertemakan "Your Weakness Is Your Strength" ini dengan 96/100 markah. Ternyata beliau memang layak untuk menjadi pemenang gambar terbaik. DHANIYA mengejar rapat kedudukan selesa DINIE dengan 95/100 markah. AZZUE dan AERON yang berada di kedudukan "bottom two" minggu lalu sekali lagi menduduki tangga dua terbawah dan seterusnya TERSINGKIR dari pertandingan minggu ini. Pesanan buat AZZUE dan AERON jadikan ini sebagai satu proses pembelajaran dan pengalaman yang terbaik buat anda berdua. Masih banyak perlu ditempuh di luar sana. Teruskan perjuangan!!
DINIE pemenang GAMBAR TERBAIK minggu KEDUA (95/100)
Thursday, December 24, 2015
Minggu 2 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5
Minggu ke - 2 Project SG : Prodigious Model Search Musim ke - 5 kali ini bertemakan "Your Weakness Is Your Strength" Menariknya minggu ini, kesemua peserta diberi peluang untuk bergambar dengan hanya SATU frame maksudnya mereka perlu bergaya dengan satu snap syot sahaja. Hebat bukan? Ini adalah cabaran besar buat mereka semua. Jom kita lihat prestasi dan review gambar - gambar mereka pada minggu kedua ini.
Thursday, December 17, 2015
Mister Planet Malaysia 2016 Kembali Lagi
Mister Planet Malaysia yang telah banyak melahirkan model dan jurucakap ini kembali lagi bagi mencari susuk tubuh jejaka yang bakal mewakili Malaysia pada tahun 2016. Secara rasminya, Malaysia United Nations Pageants (#MUNP) memperkenalkan 16 peserta yang dipilih mewakili 16 buah negeri untuk bersaing dalam pertandingan pageant lelaki terunggul di negara ini iaitu Mister Planet Malaysia 2016 (#MPM2016).
Menerusi beberapa peringkat saringan termasuklah ujian kecerdasan mental dan kecergasan fizikal, inilah 16 yang terbaik berbanding ramai lagi calon lain yang telah mengikuti program pendek sesi uji bakat yang diadakan bermula April sehingga Oktober tahun ini.
Monday, December 14, 2015
Keputusan Minggu 1 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5
Tahniah diucapkan kepada RUWAIDAH yang mengungguli carta juri pada Minggu Pertama yang bertemakan "Behind The Scene" ini. Ternyata beliau memang layak untuk menjadi pemenang gambar terbaik dan seterusnya memperoleh imuniti bagi mengelakkan beliau tersingkir pada minggu hadapan. Namun RUWAIDAH tidak boleh terlalu selesa kerana SHA mengejar begitu rapat di belakang. Buat AZZUE dan AERON yang berada di kedudukan "bottom two" jangan terlalu kecewa kerana masih terlalu awal dan masih jauh perjalanan untuk menimba lebih banyak ilmu dalam pertandingan ini. Teruskan perjuangan!!
Sunday, December 13, 2015
PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH-SEASON 5 (2015)
Kali ini Project SG : Prodigious Model Search Musim ke-5, pertandingan berkonsepkan "America's Next Top Model" versi Malaysia kembali lagi. Jika musim sebelumnya telah melahirkan bakat bakat yang berpotensi dalam dunia "modeling" tempatan, berlainan untuk musim kali ini barisan peserta yang mewarnai musim kelima ini ternyata bukan sahaja dari anak tempatan malah turut menampilan peserta dari Indonesia dan Singapura. Memperkenalkan barisan 13 Finalis, 6 wanita dan 7 lelaki berlainan latar belakang dan profile bakal berentap dalam merebut gelaran juara untuk edisi kali ini. Jom kita lihat dan kenali dengan lebih dekat lagi seorang demi seorang peserta.
Subscribe to:
Posts (Atom)