Beberapa tahun selepas perang robot di Mesir, geng-geng Autobot terkejut apabila mendapati kapal yang membawa teknologi dari Cybertron (planet asal mereka) sebenarnya telah ditemui oleh manusia ketika mereka pertama kali menjejak kaki ke bulan. Menurut Optimus, kapal itu adalah harapan mereka kerana ia mempunyai teknologi yang mampu mengalahkan Decepticon yang jauh lebih ramai itu. Lantas mereka pergi ke bulan dan di dalam kapal tersebut mereka telah menghidupkan semula kuasa Sentinel Prime (pemimpin agung Autobot sebelum Optimus).
Membawa Sentinel Prime ke bumi dengan harapan Autobot akan menjadi lebih kuat sebenarnya merupakan punca kepada konflik utama filem ini kerana sesuatu telah terjadi kepada Sentinel yang mengejutkan semua Autobot. Decepticon mempunyai rancangan untuk membawa planet Cybertron (tempat asal mereka) ke atmosfera bumi melalui teknologi 'teleport' dengan bantuan manusia. Lantas, Decepticon mengambil peluang ini untuk menakluk bumi dan ketika saat semuanya hampir musnah, seperti biasa Optimus selaku ‘peranan utama’ berjaya menyelesaikan konflik yang berlaku bersama rakannya yang lain. Dalam Transformers 3, terdapat beberapa karakter baru termasuk karakter jahat dalam bernama "Shockwave". Karakter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers yang mana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa. Ingin tahu lebih lanjut, saksikan di pawagam berhampiran anda...
Pengarah: Michael Bay
Penulis: Ehren Kruger
Penerbit: Steven Spielberg
Barisan pelakon Transformers 3:
Shia LaBeouf (Sam Witwicky)
Rosie Huntington-Whiteley (Carly)
Josh Duhamel (Major William Lennox)
Hugo Weaving (Megatron voice)
John Malkovich (Bruce)
Patrick Dempsey (Dylan)
Alan Tudyk (Dutch)
Ken Jeong (Ken Jeong)
Frances McDormand (Marissa Faireborn)
John Turturro (Simmons)
Tyrese Gibson (Robert Epps)
Karyn Parsons (Erica Banes)
Frank Welker (Soundwave voice)
Peter Cullen (Optimus Prime voice)Ramon Rodriguez (Leo Spitz)
Shia LaBeouf (Sam Witwicky)
Rosie Huntington-Whiteley (Carly)
Josh Duhamel (Major William Lennox)
Hugo Weaving (Megatron voice)
John Malkovich (Bruce)
Patrick Dempsey (Dylan)
Alan Tudyk (Dutch)
Ken Jeong (Ken Jeong)
Frances McDormand (Marissa Faireborn)
John Turturro (Simmons)
Tyrese Gibson (Robert Epps)
Karyn Parsons (Erica Banes)
Frank Welker (Soundwave voice)
Peter Cullen (Optimus Prime voice)Ramon Rodriguez (Leo Spitz)
P/S : Komen Azam mengenai filem ini? OK.. dari segi penggunaan kesan khas visual dan audio sememangnya yang terbaik daripada Michael Bay setakat ini..teknik sudut kamera cukup cantik dan memukau, kiranya mampu memberikan rasa "real" dan suspens juga la...namun yang kurang menariknya bila mana ada unsur - unsur penceritaan di dalam filem ini terlampau lemah sehingga adakalanya jadi merapu, merepek dan sewaktu dengannya..masakan tidak, mampu pula wanita menggoda seperti Carly berjaya memperdaya Megatron (pengganas Decepticon) berhati batu dan kejam seumpama itu dan termakan kata - kata wanita itu?? dua robot Autobots kecil menggeledah kapal utama Decepticon dengan mudah tanpa kawalan?? rasa kelakar pun ada...keseluruhan jalan cerita menarik sebenarnya, cuma permulaan agak membosankan (kira lambat berkembang) tetapi kali ini nampak Autobots hampir menemui jalan buntu sedikit untuk mengalahkan Decepticons yang punya kelengkapan lebih hebat...tetapi usaha Bay untuk mengaitkan peristiwa bersejarah manusia pertama ke bulan dengan perang robot dan manusia wajar dipuji, bukan senang nak dapat idea seumpama itu..lakonan Rosie yang menggantikan watak Megan Fox pula terlampau ditonjolkan keseksiannya dan kadang kala terlampau "over" walau tidak dinafikan yang beliau memang cantik seperti model (Azam lebih suka lakonan Megan yang nampak tak dibuat - buat)..dan satu amaran keras, jangan tonton filem ini dengan "download" di internet kerana takkan rasa 'feel' yang sama..semestinya anda akan berkata bosan dengan durasinya yang agak lama (2 jam 40 minit)..tonton di pawagan dan rasa kehebatannya sendiri walau ia tidak sehebat sequel sebelumnya..Rate?? 3.5 / 5 bintang....weeeeeeee~
Tunang mi sampai tertidur tgk citer ni keh zam. Dia kata banyak borak. Mi yang tak minat transformer ni pun tgk sampai abes hahahaha
ReplyDeletehahaha...boleh lak macam tu ye..yg kat atas ni pendapat peribadi azam je..kesan khas dia yg buat azam minat..jalan cerita agak lemah klau banding ngan sequal sebelumnye...huhu..tp berbaloi la gak tgk kat wayang..weeeeeee~
ReplyDelete