Acara yang mengambil masa hampir 3 jam ini melihat Hady Mirza dan Hafiz muncul sebagai pemenang anugerah paling banyak, apabila masing-masing membawa pulang tiga dan dua anugerah.
Selain dinobatkan Artis Singapura Paling Popular, Hady juga menjulang trofi untuk kategori Lagu Singapura Paling Popular dan Lagu Serantau Paling Popular buat lagu "Angkasa".
Bersandarkan kekuatan "Awan Nano", Hafiz membawa pulang anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia.
Namun, bukan Hafiz seorang dari Malaysia yang mendapat pulangan besar di APM malam ini.
Superman kita, Faizal Tahir, boleh berbangga dengan anugerah Artis Lelaki Terbaik-nya walaupun persembahannya untuk lagu "Hanyut" dan "Selamat Malam" sedikit mengecewakan.
Dayang Nurfaizah berjaya mengatasi Datuk Siti Nurhaliza dan KrisDayanti apabila duetnya dengan Marcell untuk lagu "Sayang" dipilih sebagai Koloborasi Terbaik.
Tetapi peminat Datuk Siti tidak perlu sedih kerana beliau tidak pulang dengan tangan kosong apabila buat kali ke-10nya, Datuk Siti menerima anugerah Artis Serantau Paling Popular.
Malam ini juga cukup istimewa buat Datuk Siti yang telah mempersembahkan lagu Inggerisnya, "Falling In Love" buat tatapan semua hadirin untuk pertama kalinya. Untuk senarai penuh pemenang APM 2011, sila rujuk di bawah.
Album Terbaik
Energi (Kotak)
Artis Lelaki Terbaik
Faizal Tahir ('Adrenalin')
Artis Wanita Terbaik
Rossa ('Harmoni Jalinan Nada & Cerita')
Lagu Terbaik
Awan Nano (Hafiz)
Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki)
Sandhy Sondoro ("Bunga Mimpi")
Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita)
Amanda Imani ("Selamilah Cinta)
Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru)
Ana Raffali, Sohaimi Meor Hassan & Altimet ("Kalau Berpacaran")
Duo/Kumpulan Terbaik
Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah ('3 Suara')
Lagu Serantau Paling Popular
Angkasa (Hady Mirza)
Artis Serantau Paling Popular (Selama Lebih Sedekad)
Datuk Siti Nurhaliza)
Koloborasi Terbaik
Dayang Nurfaizah & Marcell ("Sayang")
Lagu Singapura Paling Popular
Angkasa (Hady Mirza)
Artis Singapura Paling Popular
Hady Mirza
Lagu Terbaik Singapura
Lagu Teman ('The Lion Story' feat Zahidah)
Lagu Terbaik Malaysia
Awan Nano (Hafiz)
Lagu Terbaik Indonesia
Cintailah Aku Sepenuh Hati (Ari Lasso)
Anugerah Khas Planet Muzik
Melly Goeslaw
P/S : Kehebatan Dato' Siti Nurhaliza dalam mengungguli rantau ini memang tidak dapat disangkal lagi..buktinya beliau telah diberikan penghargaan khas oleh pihak APM 2011 sendiri bagi menerima trofi "Artis Serantau Popular APM Selama Sedekad"..bangga punya anak seni sehebat Dato' Siti yang mampu menyatukan rumpun seni kita...apapun tahniah kepada semua pemenang..tapi sayangnya penganjuran APM kali ini agak membosankan dan seolah - olah bagai melepaskan batuk di tangga sahaja..seleksi persembahan yang biasa - biasa sahaja dan sistem audio yang kurang memuaskan ditambah pula ada siaran tergendala semasa ucapan kemenangan Dato' Siti??errrmmm...dahla Dato' Siti tidak lagi dibenarkan bertanding lagi atas tiket kategori Artis Serantau Popular tahun - tahun hadapan..motif sangat pihak APM buat macam tu menggugurkan nama beliau dari senarai, bukan salah beliau kerana Dato' Siti punya nama yang besar dalam industri dan masih ramai peminat yang menyokong teguh beliau daripada belakang..janji hepi..weeeeeeeeeeee~

No comments:
Post a Comment