Tanggal 7 Julai 2009..
Hari ini aku sedikit tegang..tak tahu kenapa..aku terlalu sibuk memikirkan persiapan utk pergi berkhemah di The Woods,Ulu Yam keesokan pagi bg program Kesatria Negara..aku masih agak kebingungan..aku tiada kelas pd hari ini,jadi aku gunakan kesempatan yg ada utk berehat sepenuhnya di kamarku dan kemudian keluar menunaikan kewajipan ku sbg kaum adam dan seorg khalifah Allah di muka bumi ini bersembahyang jumaat di Masjid Shah Alam..selesai bersembahyang,aku pun menaiki bas ke Perhentian Bas Seroja utk memulakan pengembaraan aku pd hari tersebut..aku menghayunkan langkah panjang ku menuju ke PTAR1 utk memulangkan buku berkenaan "Film History" sebanyak 3 buah yg aku pinjam sejak minggu lepas bg menyiapkan assignment kumpulan ku..sesudah memulangkan buku2 berkenaan,aku pun berjalan lg ke Kolej Delima utk membeli baju Kesatria Negara bewarna hijau zaitun yg sudah pun mula dijual dgn harga rm29.00..aku menapak lg ke lokasi seterusnya iaitu Kafe Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media utk menikmati menyantap beberapa hidangan bg mengalas perutku yg kosong dan memenuhi tenaga ku yg sudah hampir longlai..kemudian,sesudah makan aku pun bergerak ke Lapangan Boling Padang berhampiran Kompleks Renang utk memberikan sokongan kepada pasukan wanita fakulti ku Masscomm All-Stars..ternyata kehadiran ku berjalan kaki ke situ tidak sia2 apabila mereka berjaya memenangi perlawanan tersebut menentang pelajar2 Perubatan (MEDIC)
Selesai menonton perlawanan tersebut kau pun pulang ke Kolej Meranti dgn keadaan yg cukup meletihkan..terasa mahu sahaja aku berehat dari sebarang aktiviti esok,tapi apakan daya aku tidak mampu berbuat apa2..malam tersebut aku menaiki bas ke Stadium UiTM bg menyaksikan perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Veteran UiTM menentang KL..aku tidak dpt menyaksikan perlawanan tersebut sehinnga tamat kerana aku perlu bersiap sedia dgn barang2 ku utk perkhemahan esk..jd aku pun pulang kembali ke kolej dgn berjalan kaki mendaki bukit yg curam..akhirnya sampai di kolej,sesudah semua pekerjaan ku selesai aku pun terlena..zzz...
No comments:
Post a Comment