Wednesday, July 22, 2009

Gembira + Penat = Puas

Tanggal 22 Julai 2009 (Rabu)


Aku tak tahu nk mulakan bicara mlm ini mcm mana..ok la..mcm biasa aku tangani hari2 ku untuk ke kuliah dgn menaiki bas,pd pkul 7.30am,org brpusu2 dan sesak mnunggu bas ke fakulti masing2..cuma pagi itu cuaca agak dingin,kesejukan nya mencengkam hingga ke tulang temulang ku,berserta hembusan bayu segar menerpa ke muka ku..aku menaiki bas dgn nada bismillah ku bisikkan dlm hatiku..perasaan ku berbaur risau..entah kenapa sejak tragedi bas rapidkl U80 yg selalu membawaku menuju ke destinasi halamanku di seremban menerusi komuter dr kl sentral menemui kecelakaan yg teruk,aku jd spt tragak2 dan risau utk menaiki bas..

Ya,mungkin org akan cakap "ala,ko bkn terlibat dlm accident tu pn,relaks la.." tp perasaan kerisauan yg memuncak itu masih ingin menebal dan bersarang di hatiku..mungkin kerana aku mmg seorg warga yg mngunakan pengangkutan awam sejak usiaku masih mentah lg..aku beli tiket dan terus mnghayunkan langkah ku menaiki tangga bas dan mncari kekosongan tmpat duduk dan aku berasa sedikit lega,bas itu di bawa dgn cukup brhemah oleh pemandu nya..

Sampai je di fakulti,aku mcm kebosanan sedikit,mungkin tiada teman menaiki bas td tp itu mmg sudah caraku sejak azali lg dan aku mmg sudah trbiasa dgn situasi trsebut..tiba di cafe baru lah aku brjumpa dan menemui teman2 kelas ku yg lain..slps itu kami pn ke kelas mcm biasa..kelas pd waktu 10.30am trpaksa dbatalkan kerana khabarnya pnsyarah ku demam..mudah-mudahan beliau akan sembuh semula scepat yg mungkin utk mncurahkn ilmunya dlm kelas "effective speaking" kpd kami..insyaallah..amin..then apabila kelas trsebut dbatalkan aku berasa sedikit lega juga kerana tak perlu lah aku melakukn satu tugas yg berat bg ku iaitu skip kelas pd hari ini,spt yg aku cerita kn sebelum ini,aku perlu mghadiri mesyuarat Broadcasting Club utk AJK,pd pkul 12.30pm di bilik msyuarat mini fakulti..

Dengan perasaan yg sedikit lapang,aku pun mghayunkan langkah ku dgn penuh keyakinan dan laju biarpun aku sedikit telat pd waktu itu,sesudah selesai memohon maaf di atas kelewatan ku itu kpd semua AJK trmasuk ketua program pnyiaran En.Khairudin,aku pn mngambil tmpat ku dgn tenang..belum smpat kerusi ku panas,aku sudah pun diberikan tugas mnyiapkan proposal mngenai event yg bakal ku kndali dan kemudi kn brsama rakan2 dr part 1 kelas ku iaitu Majlis Berbuka Puasa yg akan dtg..dgn riak wajah ku yg agak trpinga2 dan mata trkebil2 aku brtanya dgn lebih lanjut ttg prosedur nya..maklum la aku masih trlalu mentah dan blur utk merancang event sebesar itu,mujur mereka yg lebih senior sudi mberikan tunjuk ajar kpd ku nanti..

Kuliah ku diteruskan lg dgn kelas "Photo Communication" kendalian Cik Faizah..kelas pd hari ini agak mnyeronokkan krn kami perlu melakukan assignment kami di luar kelas dgn menangkap atau mgabadikan beberapa keping gambar dan moment mngikut tema yg telah dtetapkn oleh beliau..aku pn brkeliaran di sekeliling fakulti..selesai mngambil gmbar dan ku simpan ke pendrive ku,aku pn kluar dr kelas dan aku perlu memilih koleksi gmbar yg trbaik dari ku yg perlu diserah kn pd minngu hadapan..

Petang ini,pd pukul 5.30ptg,aku perlu brgegas ke padang kawad utk latihan prbarisan SAF..dgn bekalan pakaian sukan yg ku bawa dr kolej,aku terus menukar pakaian kemas utk ke kuliah dr pagi td ke pakaian yg lebih sesuai utk aktiviti lasak..sesudah brsiap,di cafe aku brjumpa dgn abg fayadh yg mnyatakan kesudian nya utk mbantu mghantarku ke lokasi latihan brkenaan djalan kn,alhamdulillah,kalau tidak pasti aku trlambat lg kerana perlu menunggu bas rapidkl yg jadual nya tidak menentu..thankz again abg..

Setibanya ku di pdg kawad tepat pd pukul 5.30pm,latihan terus dmulakn..kami sempat belajar beberapa formasi hari ini iaitu tabik hormat gaya masscomm..mulanya mmg agak sukar tp lama kelamaan aku dpt mempelajarinya..esk mlm raptai akan dmulakan di stadium,aku perlu mnyiapkn diriku dr segi mental dan fizikal..nampak nya rehearsal di Hotel UiTM bg tugas pnyambut VIP trpaksa la ku batalkan dahulu..

Malam yg sunyi pd hari ini,aku tak tahu harus di isi dgn aktiviti apa..nk makan tak tahu nk ajak siapa..agak bosan sedikit tapi happy..jd aku luahkan nya pd malam ini menerusi blog keazaman ku ini..jd prsoalannya sekarang..siapa,apa,dimana,bila???huhu..semoga di lain waktu aku akan trus bercerita,insyaallah selagi ada yg sudi membaca..

wassalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers