KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin kini sah sebagai ahli ‘keluarga’ terbaru syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UMM) setelah memetrai perjanjian usahasama antara label berkenaan dan syarikatnya, Siti Nurhaliza Production (SNP).
Usahasama yang dijalin bermula Julai 2011 ini merangkumi segala aspek pembikinan album dan lagu terbaru penyanyi berkenaan, juga segala bentuk promosi dan publisiti berkenaan kerjaya beliau sebagai penghibur.
Buah tangan sulung beliau bersama UMM kini dalam proses perancangan rapi dan peminat anak kelahiran Pahang ini akan dapat berhibur dengan produk terbarunya dalam bulan Oktober 2011 nanti. Bagaimana pun, hala tuju album dan lagu masih dalam perbincangan.
Bagi UMM sebagai sebuah syarikat rakaman yang turut menunjukkan perkembangan pesat dalam bahagian domestiknya, ikatan usahasama bersama Siti Nurhaliza adalah satu lagi usaha dalam mempertingkatkan lagi kemajuan seni muzik tempatan.
Jika sebelum ini beberapa nama-nama besar seperti Anuar Zain, Ning Baizura, Alleycats, Spider, 6ixth Sense, Ana Raffali, Maya Karin, Meet Uncle Hussain dan ramai lagi bernaung di bawah syarikat rakaman sama, kehadiran Siti Nurhaliza bagai melengkapkan barisan artis ternama di bawah satu bumbung sama.
Selain itu, kerjasama dua negara antara UMM dan PT Musica Indonesia yang memasarkan artis seperti Nidji, Letto, Peterpan, Samsons, D’masiv dan yang terbaru, Geisha, menguatkan lagi peranan UMM sebagai syarikat rakaman di nusantara.
Malah, UMM juga kini giat melaksanakan pencarian bakat-bakat baru untuk memeriahkan lagi industri muzik tempatan, selain membuka ruang kepada mana-mana penyanyi sedia ada untuk bekerjasama dalam melahirkan produk berkualiti.
Kehadiran penyanyi berpengalaman sepeti Siti Nurhaliza dalam syarikat rakaman UMM diharapkan dapat menyuntik semangat semua artis naungan label berkenaan agar lebih bekerja keras, selain turut memberi dorongan kepada pasukan UMM sendiri untuk mempertingkatkan kualiti produk dan perkhidmatannya.
Sokongan daripada semua penggiat industri hiburan tanah air juga amat diperlukan untuk memastikan usaha murni dalam memajukan seni muzik tempatan dapat dilaksana dengan berkesan.
Antara lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru Dato' Siti Nurhaliza "All Your Love" ialah :
1) Falling In Love
2) Nobody Else
3) Remember You (feat. Sean Kingston)
4) All Your Love
5) Tonight
6) All Over Again
7) I'll Wait
8) Forever
9) I Cry Out
10) Fight For love
11) Stand Up
HAMPIR dua dekad bergelumang di arena seni suara, akhirnya hasrat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa hampir menjadi kenyataan apabila album Inggeris pertamanya, All Your Love bakal berada di pasaran mulai 9 September ini.
Selain Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, album yang mendapat sentuhan komposer dari Australia itu bakal menembusi pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. Album sulung Inggeris Siti akan diedarkan oleh Warner Music.
Lebih menarik, anak tiri Siti, Adib Khalid, 21, bertindak sebagai Penerbit Eksekutif album berkenaan. Dalam masa sama, Adib masih meneruskan pengajian Ijazah Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran dari The Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), kini berada di tahun akhir.
Dalam pertemuan bersama Adib di kediamannya baru-baru ini, dia memberitahu, Siti bakal berkolaborasi dengan penyanyi hip hop dan R&B antarabangsa, Shawn Kingston menerusi lagu Remember You. Selain itu, Siti juga berduet dengan Christian Alexander yang turut digelar King of R&B di Australia menerusi lagu I Wait Forever. Kesemua 10 lagu Inggeris dalam album terbaru Siti juga ditulis oleh Christian.
Siti juga bertuah kerana mendapat bimbingan daripada dua karyawan bernama besar di Australia, selain Christian, Brian B bertindak sebagai produser album Inggeris itu. Single pertama yang menjadi pertaruhan Siti berjudul Falling In Love. Single berkenaan sudah dua kali diperdengarkan di depan khalayak ketika Konsert SimplySiti di Shah Alam pada 9 Julai lalu dan Anugerah Planet Muzik (APM) di Singapura, baru-baru ini.
Tambah Adib, hasrat melahirkan album Inggeris berkenaan semuanya berlaku secara kebetulan apabila Siti dan bapanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K melawat ke studionya ketika sesi rakaman. Adib mempunyai syarikat rakamannya sendiri, What’s Up Entertainment apabila artis yang bernaung di bawahnya termasuklah Christian sendiri, Caprice dan Nik Irfan Nik Ezani.
“Mak Iti (Siti) suka dengan kerja dan lagu-lagu yang ditulis oleh Christian apabila dia masuk ke studio kami. Tidak lama kemudian, Mak Iti melahirkan hasratnya supaya Christian menulis beberapa lagu untuknya. Bersama bantuan Brian B, dalam masa kurang dua bulan, Christian berjaya menyiapkan 10 lagu yang dimuatkan dalam album Inggeris Mak Iti.
“Semua proses rakaman dibuat di sini (Kuala Lumpur) dalam tempoh kira-kira dua minggu saja kerana Mak Iti memberikan komitmen yang sangat baik. Manakala proses adunan dan mastering dibuat di beberapa studio di New York dan Los Angeles.
“Ketika rakaman, Christian dan Brian memantau sebutan bahasa Inggeris Mak Iti dengan betul. Bagi saya, bunyi nyanyian Mak Itu tidak semestinya sama dengan penyanyi Inggeris yang lain. Saya lebih suka Mak Iti kekalkan keaslian sebutan Inggeris dengan lidah Melayu. Saya tidak mahu Mak Iti dipengaruhi slanga Amerika atau British.
“Paling penting, identiti Voice of Asia itu dikekalkan. Sebagai Produser Eksekutif , saya mahu apabila Mak Iti menyanyi lagu Inggeris, peminatnya akan tahu, itu lenggok dan identiti asli daripada Mak Iti. Sekalipun bekerja dengan keluarga sendiri, profesionalisme Mak Iti berada pada tahap maksimum.
“Kami senang bekerja dengannya. Mak Iti tahu arah terbaik yang kami mahu daripadanya. Dia tak banyak merungut, hanya masuk studio, terus buat rakaman, justeru, album berkenaan dapat disiapkan dengan cepat,” kata Adib mengenai ibu tiri jelita itu.
Siti yang turut menjayakan fotografi bersama Adib, Christian dan Brian pada petang itu, mengakui tone suaranya tidak boleh ditukar apabila lenggok nyanyian lagu Inggeris beliau masih menjurus kepada keaslian vokalnya.
“Stail saja yang berbeza apabila Siti menyanyikan lagu Inggeris. Siti cabar diri sendiri untuk memperbaiki kelemahan, Alhamdulillah sebutan bahasa Inggeris Siti semakin baik. Dengan lahirnya album All Your Love ini, cita-cita Siti untuk menembusi pasaran antarabangsa, mudah-mudahan akan tercapai, Insya-Allah,” katanya lagi.
Once in a lifetime
An angel sweeps you off your feet
And everything I’m about
Dissapears before my eyes
You’re taking me higher when I hear you speak to me
It is so familiar but I’m caught up in this fantasy
Chorus
Now I can’t seem to find myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling I’m falling and I can’t I'm stop falling
I’m falling in love with you
When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dreams
You’re taking me higher when I hear you say my name
I’m trying to tell you that I never want to let you go
Ulang Chorus
Over and over again it's all in my mind
I can see it clearly
You give me something new to believe in
Come take me away
Ulang Chorus 2X
P/S : Alhamdulillah Dato' Siti Nurhaliza setapak lagi melangkah ke persada seni antarabangsa secara perlahan - lahan..jika dahulu Dato' Siti bersama dengan SRC (Suria Records) bagi memasarkan album beliau setelah sekian lama, kali ini syarikat milik beliau sendiri, Siti Nurhaliza Production (SNP) memeterai kerjasama baik dengan Universal Music untuk membantu pemasaran album inggeris pertama beliau ke pasaran yang lebih luas..dengarnya Dato' Siti Nurhaliza turut memasang angan - angan untuk album ini tercalon ke "Grammy Awards" di Los Angeles Hollywood...harapnya impian beliau itu terkabul dan terus membawa nama Malaysia ke pentas dunia satu hari nanti..Insyaallah..amin..janji hepi.. weeeeeeeeeeeeeeeeee~
No comments:
Post a Comment