Wednesday, June 15, 2011

Ugutan Godam "Anonymous" : Laman Web Kerajaan Jadi Mangsa!!


Nampaknya, setelah beberapa laman web dan entiti siber, kini kumpulan pengodam yang menamakan diri mereka sebagai "Anonymous" yang terdiri daripada hackers (penggodam) antarabangsa terkenal dari seluruh dunia telah pun menyatakan ugutan dan keinginan mereka untuk melancarkan serangan ke atas halaman Malaysia.gov.my pada hari Khamis ini, sekitar pukul 3.30 pagi waktu tempatan..

Ugutan yang mereka keluarkan ini adalah susulan daripada tindakan kerajaan menyekat pengunaan dan akses ke atas 10 laman "websharing" rujuk entri (SKKM / MCMC Sekat 10 Website Filesharing Di Malaysia) sebelum ini telah menimbulkan kemarahan banyak pihak terutama penggemar dan pengguna internet yang selalu memuatnaik atau turun koleksi filem, video dan sebagainya secara berleluasa tanpa kawalan di internet..


Mangsa serangan terbaru hackers yang menentang tindakan kerajaan menyekat websharing tersebut adalah beberapa laman web kerajaan termasuk UiTM Pulau Pinang, Ezi2Care JKM dan Tourism Malaysia yang telah digodam oleh Dragon Force Malaysia dan RileksCrew sekitar jam 1.20 pagi dan pada ketika itu rakyat Malaysia sedang menunggu penggodam utama iaitu Anonymous untuk bertindak dan menyerang laman web Kerajaan Malaysia seperti yang diwarwarkan..

Sementara itu, semua laman web Kerajaan Malaysia termasuk www.Malaysia.gov.my sudahpun ditutup (shut down atau offline) buat sementara waktu bagi mengelakkan serangan oleh pihak penggodam seperti yang telah diumumkan sebelum ini..berita mengenai ugutan mereka ini telahpun dipaparkan di Buletin Utama TV3 semalam (15 Jun 2011) bagi mendapatkan reaksi kerajaan mengenai ugutan tersebut..Di laman web Ezi2Care JKM, penggodam dari Dragon Force Malaysia telahpun meninggalkan mesej yang sama seperti dua laman web terdahulu yang pernah digodam oleh mereka bagi menentang tindakan kerajaan Malaysia menyekat akses ke laman perkongsian fail atau "websharing"..

Berikut adalah mesej yang telah ditinggalkan oleh penggodam tersebut di laman web UiTM Pulau Pinang :

"Happy Birthday UiTM Penang ke 15
sempena 15 thun, page ini sebagai hadiah :p
BTW, pn wan anishah krn bgi dpt A dlm kos csc
harap kite jmpe lgi pada thun hadapan"


Senarai laman web kerajaan lain yang dipercayai telah ditutup bagi mengelakkan daripada digodam oleh mereka antaranya :
  • http://aduan.skmm.gov.my/
  • http://mnpcheck.skmm.gov.my/
  • https://epayment.skmm.gov.my/
  • https://espektrum.skmm.gov.my/
  • http://www.malaysia.gov.my/
  • http://www.parlimen.gov.my
  • http://www.moe.gov.my/
  • http://www.bomba.gov.my/
  • http://www.treasury.gov.my/
  • http://www.government.org.my/
  • http://www.spad.gov.my/
  • http://www.aseanconnect.gov.my/
  • http://www.sprm.gov.my/
  • http://www.nsc.gov.my/
  • http://www.kpkk.gov.my/
  • http://www.jobsmalaysia.gov.my/
  • http://www.kkr.gov.my/
  • http://www.bomba.gov.my/
  • http://www.1malaysia.com.my/
  • http://www.rmp.gov.my
Manakala bagi laman web KRU Studios milik adik beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim juga dilihat sedang mengambil langkah berjaga - jaga dan selamat untuk menutup sementara laman web mereka bagi mengelakkan pelayar web mereka berisiko diserang oleh penggodam..maklumlah dengarnya Norman antara "orang kuat" dalam SKMM..setakat ini tiada apa pun yang berlaku lagi, apa2 pun sama - sama la kita nantikan apa yang bakal berlaku selanjutnya..di bawah ada disertakan video ugutan yang telah disediakan oleh penggodam antarabangsa "Anonymous" kepada kerajaan Malaysia..mari sama - sama kita saksikan...



P/S: Agak pelik dan kehairanan bila kerajaan nak sekat pengguna internet dari akses dan memuatnaik atau turun fail di laman perkongsian fail yang ada..kalau macam tu bak kata orang ramai pengguna internet serupa tak payah ada internet yang laju seperti streamyx dan lain - lainnya kalau hanya boleh ber'facebook' dan akses ke laman sosial tertentu sahaja..weeeee~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers