Tanggal 21 Mei 2010 (Khamis) - Hari ini bermula tugasku sebagai seorang Pembantu Mahasiswa (PM) bagi membantu atau mengiduksi Pelajar Baru (PB) yang bakal menerjah masuk ke alam universiti atau lebih senang dipanggil ‘dunia kampus’ yg penuh mencabar, realiti sebuah kehidupan yang pelbagai corak dan warna akan bertambah drama dan sketsanya di sini..aku mula mendaftar di Kolej Seroja pada jam 8 malam…aku tiba lewat kerana kelewatan tren dan bas yg perlu aku naiki sebelum aku tiba ke UiTM Shah Alam ini dari rumahku di Seremban..
Selesai mendaftar aku pun menuju ke Dewan Makan Kolej Seroja dengan bagasi yg aku tarik bersama..aku pun kemudiannya mengambil tempat dan mendengar taklimat yg diberikan oleh rakan barisan MPP 2010/2011 mengenai serba sedikit perjalanan Minggu Destini Siswa (MDS) yang dahulunya dikenali dengan nama Minggu Mesra Siswa (MMS) utk ambilan Asasi Mei 2010 ini..selepas mendengarkan taklimat tersebut,kami pun dipecahkan ke dua kumpulan besar,satu kumpulan akan mengawasi PB di kampus induk di Shah Alam ini bagi Asasi Undang Undang dan TESL manakala satu lagi kumpulan akan berada di kampus UiTM Puncak Alam untuk ambilan Asasi Kejuruteraan dan Sains..aku telah termasuk dalam kumpulan yg akan mengawasi kampus Puncak Alam bersama rakan rakanku yg lain..pada mulanya aku ingin menolak kerana pada hari Sabtu nanti aku perlu pulang ke Seremban sebentar atas satu urusan penting..jadinya jika aku berada di Puncak Alam masalah kenderaan pastinya menjadi masalah paling besar buatku tetapi tidak jika aku ditempatkan di Shah Alam..lalu aku pun segera membuat permintaan untuk ditukarkan ke kampus induk sahaja..
Setelah beberapa perbincangan dibuat dengan barisan MPP aku tidak dibenarkan untuk menukar ketetapan yg mereka telah tentukan tetapi mereka membenarkan aku pulang pada hari Sabtu nanti dan akan disediakan kenderaan pada hari tersebut utk aku berulang alik dari Puncak Alam ke Shah Alam dan sebaliknya.. aku menerima dengan lapang dada dan bersyukur dengan keputusan mereka tersebut..kemudiannya kami dipecahkan ke beberapa kumpulan kecil utk sesi ‘ice-breaking’ sebentar..selesai sesi tersebut,kami pun bersurai dan kembali ke bilik masing masing..aku mendapat bilik yg sama dengan Deqbang,Aidil dan abg Fizi di Kolej Seroja..malam itu aku pun tidur seperti biasa dan menanti apa yg bakal berlaku pada hari esok..
Pagi keesokan harinya kami pun diberikan sedikit taklimat oleh Prof Madya Mohd Hanafiah dan dipecahkan mengikut biro masing masing..dan seperti yg ku jangka dari awal aku diletakkan di bawah Biro Program utk MDS kali ini..mereka memberikan apa yg aku minta dan mohon di dalam borang iaitu Biro Program dan Biro Pendaftaran tetapi keserasian ku lebih dilihat lebih terserlah mungkin dalam Biro Program setelah penglibatan dan pengalaman ku dalam biro tersebut pada MMS Disember 2009 lepas..selepas mengenali rakan rakan ku yg terlibat dalam Biro Program & Media yg digabungkan pada kali ini sepintas lalu,kami pun melakukan check out bilik dan menaiki bas untuk ke Puncak Alam..akan tetapi aku tidak menaiki bas kerana telah diajak menaiki kereta sahaja bersama rakan rakan fakulti ku yg lain..
Setibanya di UiTM kampus Puncak Alam kami pun mendaftar utk bilik di Kolej Angsana,aku mendapat bilik yg sama dengan senior ku di fakulti iaitu abg Meor..setelah mengemas beberapa barangku di bilik,kami pun turun ke Dewan Angsana untuk menunaikan Solat Jumaat beramai ramai..selesai bersolat,kami pun menaiki dan menuju ke Dewan Serbaguna Angsana untuk sedikit sesi taklimat daripada MPP mengenai perjalanan MDS kali ini di Puncak Alam..aku sangat terkejut dan seakan tidak percaya untuk dipilih sebagai Ketua Biro Program untuk MDS Puncak Alam kali ini di bawah kendalian koordinator MPP kami iaitu Didi..satu tanggungjawab yg amat berat tetapi aku terima dgn hati terbuka dan berterima kasih pada barisan MPP kali ini atas kepercayaan yg telah diberikan kepadaku..akan ku cuba untuk menggalas nya sebaik mungkin walau timbul perasaan debar dan sedikit sangsi di hati..selesai taklimat kami pun pulang ke bilik masing masing dan kembali ke dewan tersebut pada malam hari utk taklimat yg berikutnya dan persediaan persembahan mengikut biro masing masing keesokan harinya..
Hari Sabtu menjengah ke dalam diari hidup ku seperti biasa..hari ini adalah hari persembahan kumpulan mengikut biro..biro pertama yg perlu melakukan pembentangan adalah Biro Program dan Media..aku sedikit gementar untuk mengemudi kumpulanku..pelbagai soalan telah digasak dan diajukan kepada ku dan ahli ahli kumpulan ku yg lain..aku cuba untuk menjawab segala persoalan tersebut setenang dan sebaik mungkin..selesai pembentangan dan baru saja duduk beberapa saat aku dipanggil oleh YDP MPP iaitu saudara Ridhwan yg lebih mesra aku panggil dgn panggilan Abg Long..rupanya kenderaan utk aku menghantar ku ke Shah Alam telah tiba..aku pun kemudiannya meminta diri dan bergegas ke bilik ku untuk mengambil sedikit barang dan menuju ke van yang telah disediakan..
Tidak perlu aku bercerita panjang mengenai perjalananku ke Seremban dan perjalanan pulangku ke Puncak Alam kembali pada hari Ahad..aku kembali semula pada petang Ahad,sekembali aku ke Dewan Angsana aku dapat lihat ribuan PB membanjiri hadapan pentas utama..aku jadi sedikit gementar..dianggarkan lebih kurang 4000 orang pelajar baru yg telah terpilih untuk mengikuti program asasi kali ini..aku ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis atau emcee pada petang tersebut..selesai sedikit sesi pengenalan, PB dilepaskan ke bilik masing masing dan kembali semula ke dewan pada sebelah malam untuk taklimat pendaftaran keesokan harinya..
Aku rasa tidak perlu aku bercerita panjang mengenai perjalan MDS kali ini,cukup aku simpulkan ianya sebuah pengalaman yg hebat dan berharga buatku dengan seribu satu kenangan pahit dan manis..dapat mengenali sahabat sahabat yg baru dari kalangan PM kali ini dan merapatkan ikatan siratulrahim dengan PM yg telah aku kenali sebelum ini.. aku juga dapat mengenali dgn lebih rapat barisan PB yg aku telah latih untuk menjadi emcee pada kali ini..aku sangat berterima kasih atas bantuan yg telah mereka berikan,biarpun masih baru akan tetapi mereka punya bakat dan keberanian untuk berhadapan dgn orang ramai..harap mereka akan berjaya pada masa akan datang,insyaallah..baiklah,cukup sampai di sini aku bercerita mengenai MDS Asasi Mei 2010 kali ini,akan aku kongsikan dan coretkan lagi pengalaman ku untuk MDS akan datang..
No comments:
Post a Comment