Monday, November 2, 2009

Tayangan Perdana Filem “KALUT” dan “ALONG & KAK LONG” Oleh Pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA)

Tanggal 30 Oktober 2009 (Jumaat)

Satu tayangan perdana atau pratonton filem “Kalut” dan “Along & Kak Long” anjuran dan terbitan para pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA) UiTM telah diadakan di Dewan iLQAM, Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Shah Alam. Majlis ini yang bermula pd jam 8.00 malam ini telah dihadiri oleh Dekan Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik sendiri, Prof. Dr. Hatta Azad Khan serta Ahmad Puad Onah,wakil Grand Brilliance Sdn. Bhd. 

Tayangan pada malam tersebut dimulakan dengan tayangan filem Along & Kak Long arahan Hisyamudin Ahmad serta penerbitnya Fishah yang mengisahkan tentang peniaga nasi lemak kukus yang senang dengan gelaran Kak Long (Mislina Mustafa) terpaksa berurusan dengan seorang peminjam wang haram atau Along (Azim Sharim) yang sering berkunjung ke gerainya akibat perbuatan suaminya..saksikan sendiri bagaimana Kak Long menguruskan Along tersebut..tayangan filem seterusnya ialah filem “Kalut” arahan Faliq Sharif yang diadaptasikan daripada teater “Run For Your Wife” (Ray Cooney) serta penerbitnya Fariz yang mengisahkan Selamat (Azhar Zainal), seorang pemandu teksi di Kuala Lumpur. Selamat mempunyai dua orang isteri iaitu Bibi (Ameera Ramlee) dan Mimi (Fazleena Hishamuddin). Mereka berdua tidak mengetahui akan mereka telah dimadukan oleh Selamat. Bagi mengaburi mata kedua-dua isterinya itu, Selamat bekerja sebagai pemandu teksi dan pada tiap-tiap hari dan waktu Selamat mempunyai “kod rahsia” yang akan memastikan Selamat tiba pada waktu yang tepat ke rumah Bibi dan Mimi. Kekalutan berlaku apabila Bibi dan Mimi membuat laporan akan “kehilangan” Selamat apabila Selamat tidak pulang ke rumah kedua-dua isterinya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kekalutan itu dapat diselesaikan dengan wujudnya watak “Mimi 2” yang menyelamatkan Selamat dan rumah tangganya dari bercerai. Tayangan filem yang berakhir sekitar jam 11 malam tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab dan beramah mesra serta bergambar bersama krew filem “Kalut” dan “Along & Kak Long”..

Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada para pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA) UiTM kerana telah berjaya menghasilkan dua buah filem yang menarik untuk ditonton. Sebagai permulaan, filem seumpama ini dilihat berpotensi untuk diluaskan lagi tontonannya kepada audiens yang lebih besar disamping dapat meningkatkan kualiti penerbitan filem tempatan dalam melahirkan generasi baru bidang perfileman yang berbakat besar serta berkualiti tinggi..

Barisan krew filem "Kalut" dan "Along & Kak Long" yang sempat hadir..


Bersama penerbit filem "Kalut", saudara Fariz..


Sedutan dari filem "Kalut" (atas) dan "Along & Kak Long" (bawah)


Berada di Dewan iLQAM dimana tayangan perdana diadakan..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers