Monday, September 21, 2009

Syawal Pembaur Perasaan....


Tanggal 20 September 2009 (Ahad)

Pagi Syawal yg cukup indah dgn hening mentari disulami dingin bayu membangkitkan ku dr lena..1 Syawal sudah menjelang,masa utk bersiap serta menghias diriku dgn sepersalinan lengkap baju melayu berwarna hitam yg ku beli di Seremban..aku sarungkan baju tersebut bingkas keluar dari rumah menaiki kereta bapa saudara ku menuju ke masjid utk brsembahyang sunat hari raya aidilfitri..sesudah itu,aku pun pergi menziarahi pusara arwah ayah,atuk dan nenek ku yg berhampiran tapak masjid Kampung Batu, Rembau tersebut..lalu ku sedekahkan surah Al Fatihah dan berdoa utk mereka,moga roh mereka tenang di alam sana..hati ku menjadi sayu secara tiba tiba..sudah menjadi lumrah bg diriku utk berperasaan sebegitu setiap kali raya menjengah..kemudian aku pun pulang ke rumah dan mengambil kesempatan yg ada utk bersalaman dan bermaafan sesama keluargaku khususnya ibuku terhadap sebarang keterlanjuran yg telah kulakukan selama ini serta berterima kasih kepadanya..kami kemudiannya bergerak mengunjungi rumah sanak saudaraku yg berdekatan..kali ini hanya berjalan kaki..setibanya di sana,aku menerima begitu byk pujian di apabila mereka terpesona melihat ketampanan si teruna segak mengenakan baju melayu hitam..aku juga diajukan byk soalan mengenai pelajaran ku di UiTM memandangkan tahun ini merupakan tahun pertama aku beraya sbg seorang mahasiswa di kampung halamanku..sesudah beramah mesra,kami pulang pulang sekali lagi dgn berjalan kaki ditemani terik mentari..dan petang itu kami isi dgn berehat di rumah sahaja kerana keletihan..malam ku juga begitu..dan begitu lah pengakhiran hari raya pertama ku sebelum aku menutupnya dgn membuat assignment sehingga jam 4 pagi...



Bersama keluarga di pagi Syawal..

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri Dihulur Bersama...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...


BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG "BICARA KEAZAMAN PENGUKUH PEGANGAN" - azamredzone -


salam lebaran dihulur bersama..

tanda ingatan di hari raya..
salah dan silap ampun dipinta..
semoga aidilfitri membawa ceria...

wassalam.....

Tuesday, September 15, 2009

"Jom Ramadhan Jom Bubur Lambuk" FKPM 2009


Tanggal 10 September 2009 (Khamis)

Satu program yang diberi nama "Jom Ramadhan Jom Bubur Lambuk" anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti yg diketuai oleh pengarah projek, saudari Siti Fariza Mohamad Isa telah selamat dijalankan dgn jayanya..program yg bermula seawal jam 8.00am itu dimulakan dgn penyediaan bahan bahan utk memasak bubur lambuk..beberapa org krew telah dipilih dan sambutan dan respons beberapa org pelajar terhadap program ini sungguh menggalakkan..ketua masakan pd hari itu iaitu saudara Ahmad Fayadh telah mengambil inspirasi dr resepi bubur lambuk Kampung Baru utk diaplikasikan dan diagihkan kepada warga fakulti dan org ramai.. pd hari tersebut sebanyak 3 buah periuk telah berjaya dimasak secara beramai2 oleh krew2 yg terlibat..walaupun terdapat beberapa masalah teknikal yg berlaku semasa hendak memasak periuk yg ketiga,akan tetapi masalah itu masih berjaya diatasi..terima kasih juga diucapkan kepada beberapa org staff dan pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) yg sudi turun padang dan menjenguk kami memasak bubur lambuk di Masscom Square, FKPM dan lebih bermakna apabila Dekan FKPM sendiri iaitu Prof Madya Mohd Adnan Hashim juga turut singgah menjenguk kami,terima kasih Prof!!

Selesai memasak,bubur bubur tersebut kemudian diagihkan kepada org ramai melalui kaunter yg telah disediakan sambil suasana begitu meriah dgn kehadiran org ramai diiringi alunan seleksi lagu raya bergema di Masscom Square..sambutan yg diterima begitu menggalakkan sehingga bubur yg hendak diedarkan tidak mencukupi dan ada juga pelajar dr fakulti jiran iaitu Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi turut hadir mengambil kesempatan utk mendapatkan edaran bubur lambuk yg diagihkan secara percuma pd hari itu..acara kemudiannya tamat pd jam lebih kurang 8.00am dgn jamuan berbuka puasa pd sebelah mlm yg telah dihadiri oleh beberapa org pensyarah FKPM dan krew bertugas..



SEKALUNG TAHNIAH DAN UCAPAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN MAJLIS YG MULIA INI..SEGALA KESULITAN DAN KELEMAHAN SEPANJANG PROGRAM HARAP DIMAAFKAAN..



Bersama sama antara Krew "Jom Ramadhan Jom Bubur Lambuk"


Bubur lambuk FKPM dapat sambutan hangat pada hari tersebut..

Krew sedang sibuk membungkus bubur lambuk dah siap untuk diagihkan..

Tolong bagi saye satu ye..nak bawak balik rumah..

Dah siap pun..macam sedap je..nak rasa boleh??


Dah penat tampal label,masa untuk bergambar..peace!!!



Kacau jgn tak kacau nanti tak jadi bubur lambuk pulak..


Dekan FKPM sudi turun ke Masscom Square menjenguk bubur lambuk kami..

En.Jem pun datang tengok kami jugak...

Sibuk menguruskan P.A system,semangat nak pasang lagu raya kot..

Sambil potong daging pun sempat interframe..


Krew sedang sibuk menyediakan label utk bubur lambuk..

LAPORAN RINGKAS OLEH : AZAM (MC223 PART 1)

Friday, September 4, 2009

Majlis "Berbuka Puasa UFM - Info Muzik Terkini"


Tanggal 5 September 2009 (Khamis)

Satu
Majlis Berbuka Puasa anjuran UFM telah diadakan di Dewan Annexe UiTM Shah Alam bagi meraikan anak anak dari Rumah Perlindungan PERNIM..beberapa artis turut dijemput bagi memeriahkan majlis yg mulia ini antaranya Noh dari kumpulan Hujan, kumpulan Duta,Kumpulan Grey Sky Morning dan lain lain lagi..jutaan terima kasih turut ditujukan kepada Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Prof Madya Dr. Mohd Adnan Hashim kerana sudi hadir turun padang merasmikan majlis tahunan UFM ini,sememangnya seperti yang semua sedia maklum, UFM iaitu radio rasmi UiTM telah diletakkan di bawah tanggungjawab FKPM dan merupakan peneraju radio universiti yg pertama di Malaysia..acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh dekan FKPM..kemudian majlis telah diteruskan dengan upacara berbuka puasa dan solat maghrib..persembahan daripada beberapa artis jemputan turut diadakan selepas itu..majlis yg berlangsung dgn cukup meriah itu diakhiri dengan pemberian cenderahati dan sumbangan kepada anak anak dari PERNIM serta sesi fotografi.. (laporan ini akan dikemaskini selepas maklumat lanjut mengenai program diperolehi dengan lebih terperinci)

Sekalung ucapan tahniah kepada semua warga kerja UFM yg terlibat bagi menjayakan majlis yang mulia ini..tidak lupa juga mana mana pihak yg terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dari segi penajaan serta masa yg dan tenaga sudi diluangkan..hanya tuhan yg mampu membalasnya..sekian wassalam...




Bersama - sama Noh kumpulan Hujan

Para jemputan mengambil menu berbuka yang disediakan


Bersama - sama vokalis kumpulan Duta






Bersama - sama para penyampai senior UFM


Bersama DJ Lisa

Meriahnya suasana segempak UFM!!

Bersama salah seorang anak daripada PERNIM

Laporan disediakan oleh : DJ Azam

Thursday, September 3, 2009

Hari "Bertamu di Anjung Raudhah" di FKPM


Tanggal 3 September 2009 (Rabu)

Di Anjung Raudhah Jalin Muafakat,
Ukhuwah Terjalin Kasih Disemai,
Bertamu Datang Amalan Berkat,
Duniawi Hakiki Damai Dan Permai..

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dengan kerjasama MASSA julung julung kalinya telah menganjurkan program yg dinamakan "Bertamu di Anjung Raudhah" bertempat di Masscomm Square,FKPM..program yang penuh dengan pengisian kerohanian ini bermula pada jam 6.30 pm dengan pendaftaran peserta peserta program yg dihadiri oleh seramai lebih 250 orang yg terdiri daripada pelajar, staf dan pensyarah FKPM, mereka telah diberikan bungkusan kurma, kuih muih dan sebotol air mineral untuk santapan berbuka ringan beserta borang kaji selidik dan tentatif program, para tetamu mula mengambil tempat duduk di bawah khemah yang disediakan..program ini juga dihadiri beberapa jemputan kehormat termasuk Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sendiri,Prof Madya Dr. Mohd Adnan Hashim yang sudi turun padang pada hari tersebut..selesai memberikan ucapan perasmian majlis,acara diteruskan dengan forum yang berkonsepkan ala Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang bertajuk "Menuntut Ilmu Sebagai Satu Ibadah" bersama moderator yg menerajui forum, saudara Mohamad Bukhari Abdul Aziz dengan dibantu 2 org ahli panel yg dijemput khas dan sudi berkongsikan pengalaman mereka iaitu Dr. Afandi Mat Rani dan saudara Helmi Zainal Abidin yg merupakan bekas pelajar FKPM..setelah hampir 30 minit forum berlangsung dengan cukup menarik, jam hampir menunjukkan waktu berbuka puasa..sebaik alunan azan maghrib bergema memecah keheningan Masscomm Square, para tetamu menjamah dahulu hidangan kecil yang diberikan sebentar tadi..kemudian para jemputan terus mendirikan solat maghrib secara berjemaah..acara kemudiannya diteruskan lagi dengan para tetamu menyantap hidangan berbuka puasa yg lebih berat..selang beberapa minit selesai para jemputan menjamu selera, solat isyak secara berjemaah dan solat tarawikh sebanyak 8 rakaat telah diadakan..selesai bersolat tarawikh, para tetamu mula mengambil hidangan makan malam yang disediakan dan bersurai..akan tetapi masih kelihatan beberapa orang pelajar dari kelas Pn. Hariyati Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Mama mengambil kesempatan yg ada untuk menemubual beberapa wakil AJK dari MASSA bagi menyempurnakan tugasan laporan mereka berkenaan majlis ini..majlis yang tamat lebih kurang pada pukul 10.30 mlm itu diakhiri dengan jayanya..sekalung ucapan tahniah kpd para AJK MASSA dan para sukarelawan ad-hoc yg sudi membantu bagi melancarkan perjalanan majlis pada malam tersebut..

Di Anjung Raudhah kita Bertamu,
Moga Terzahir Amal Yang Diberi,
Terjalin Muafakat Lama dan Baru,
Salah dan Silap Harap Dimaafi....

Bersama Para AJK MASSA dan ad-hoc dalam Sesi "Post Mortem" ringkas selesai program


Para jemputan sedang menjamu selera

Sesi temubual bersama beberapa wakil AJK MASSA oleh para pelajar

"Forum Perdana Hal Ehwal Islam - Menuntut Ilmu Sbg Satu Ibadah"

Para tetamu khusyuk mendengar perbincangan forum

Dekan FKPM memberikan ucapan perasmian majlis

Gementarnya!! Aku Belum Bersedia...Tetapi Syukur Tidak Terhingga!!

Tanggal 1 & 2 September 2009 (Selasa & Rabu)

Aku bangun awal di hari selasa..walhal kelas Intro Com bermula jam 10.30 pagi tp mataku sudah dicelikkan seawal jam 7 pagi,mengapa??aku harus berkejar ke Menara SAAS UiTM utk sesi ujibakat yg kedua sebagai juruhebah (DJ) UFM..aku agak gelabah pd pagi itu..aku pun bersiap dan segera tiba di konti UFM di tingkat 13 seawal jam 8.30 pagi seorang diri..aku pun mghubungi rakan2 kelas ku yg juga merupakan calon dj pd pagi itu iaitu seramai 3 org lagi..aku dgn tiada persediaan apa2 pada pagi tersebut hanya berbekalkan apa yg bermain di kepala..aku pun dipanggil masuk,fuh cukup gementar,dgn suasana konti yg cukup sejuk dgn pendingin hawa..aku pun memulakan tutur bicara ku dgn diadili 3 org ahli panel..hanya tuhan yg tahu bagaimana gementarnya perasaan ku pd masa itu..selesai ditemubual,aku pun perlu membuat program sndiri dan membaca berita..aku tidak rasa aku sudah melakukan yg terbaik,jadi hanya menanti keputusan dr mereka dgn panggilan keesokan harinya,jika tidak terpilih pun aku pasrah..sesudah melalui sesi ujibakat saringan kedua tersebut,aku pun mengorak langkah menaiki bas rapidkl dalaman menuju ke fakulti..aku sudah lewat 15 minit ke kelas Pn.Bariah!!aku pun bergegas ke kelas..fuh,nasib sahaja beliau tidak memarahi ku..selesai kelas,satu lg dugaan tiba,Sociology test kendalian En.Norsham..aku tidak mahu memberikan komen apa apa mengenai ujian tersebut,cukup aku katakan yg aku mmg tidak bersedia dan gagal utk mnjawab dgn baik..hanya fakta sendiri..


Ketika menghadiri ujibakat saringan kedua penyampai radio UFM

Keesokan harinya semasa kelas Photo Communication kendalian Cik Faizah,rakanku Zaidi telah menerima panggilan telefon dr pihak UFM yg menyatakan yg aku,zaidi dan lisa sudah terpilih utk mnjadi penyampai UFM!!alhamdulillah..berita yg cukup mengembirakan aku pd hari tersebut..kemudian gambar2 yg aku ambil utk pembentangan yg bertemakan "Di Taman Teman" turut dinilai oleh Cik Faizah pd petang itu mndapat markah yg agak tinggi..Ya Allah,Alhamdulillah!! pada malam hari pula pd jam 8 malam aku berjalan kaki ke Plaza Alam Sentral utk membeli beberapa alat keperluan..sesudah sampai ke kolej dgn berjalan kaki,aku menerima panggilan dr abg Tash yg menyuruhku bersiap utk pergi ke fakulti atas tanggungjawab ku sebagai ad-hoc Biro Teknikal dan Logistik..aku pun menaiki kereta abg Tash bersama rakan ku Khairie..aku perlu menunggu khemah tiba..semasa menunggu di bilik gerakan MASSA dan dgn berbekalkan makanan ringan yg aku beli bersama kak Fifi di seksyen 2 sebentar tadi,aku menanti dgn penuh sabar berbekalkan laptop di riba aku menyambung menyiapkan beberapa assignment ku..kemudian abg Fayadh datang bersama2 dgn abg Fariz..sudah agak lama juga aku tidak bertemu dan berbual bual dgn abg Fayadh akibat beberapa kekangan..aku juga sempat berbual2 di kafe fakulti dgn kak Fifi berkenaan akademik writing yg langsung aku tak fahami sbg pelajar semester 1 ini..kemudian abg Fayadh juga turut menyertai perbincangan kami pd pagi itu,seronok juga..setelah beberapa jam menunggu,khemah tiba lebih kurang jam 3 pagi..aku pun membantu mengangkat beberapa barang..fuh,letih dan mengantuk..selesai kesemuanya jam 4.30 pagi,aku dan rakan2 ku pun pulang dan singgah makan bersahur di Restoran Hakim di Seksyen 7..kemudian aku pun pulang ke Kolej Meranti dan terus ketiduran akibat keletihan melampau..zzzzzzz....

Wednesday, September 2, 2009

Kegembiraan Berganda Pulang Ceria..


Tanggal 30 Ogos 2009 (Sabtu)..


Hari ini latihan kawad Kesatria bermula pd jam 8 pagi seperti biasa..arrggghhh..aku terlambat lagi!!aku terpaksa ditahan oleh komander atas kelewatan tersebut padahal aku datang tepat2 jam 8..walaubagaimanapun aku turuti jua arahan komander tersebut dan minta kebenaran utk memasuki barisan dlm kompeni F..selesai hampir 2 jam latihan yg agak menyeksakan di bulan puasa ini,aku pun terus meluru ke bas rapidkl T603 utk pulang ke kolej kerana aku sudah ada temujanji bersama rakan2 kelas ku..selesai bersiap dan menunggu ketibaan rakan2 ku yg lain,kami pun bergerak bersama2 dgn dua buah kereta..perjalanan menuju ke KL yg cukup panjang dgn kesesakan lalulintas yg sudah ku duga..ahhh...kami tiba di lokasi pertama kami Berjaya Times Square..apa yg kami lakukan di sana??tujuan nya utk ke Plaza Low Yatt membeli laptop baru ku!! =) 

Aku yg tidak tahu selok belok pembelian laptop telah dibantu oleh rakan2 ku yg lain bg mncari yg trbaik,thankz guyz!! sedang sibuk aku menunggu pengesahan pembelian laptop yg aku pilih iaitu model HP Compaq Presario AMD Turion X2..telefon ku berdering...+03********???siapa ni?aku pun mengangkat dgn penuh sopan, memberi salam dan bertanyakan identiti wanita yg menghubungi aku tersebut,hatiku melonjak kegembiraan..alhamdulillah,aku terpilih utk mengikuti ujibakat kedua UFM dan diminta hadir pd hari selasa depan!!!sungguh tidak disangka..inilah yg dimaksudkan dgn kegembiraan berganda..laptop baru (sedih juga sikit sebab duit ku terpaksa dilaburkan dgn jumlah yg byk sekaligus) dan terpilih mengikuti saringan ujibakat kedua dj UFM (walaupun ada perasaan sedikit gementar).. 

Aku pun dihantar oleh rakan2 ku ke perhentian monorail stesen Berjaya Times Square..di sana aku bertemu dgn rakan sekolah ku Zaidi, Ibrahim dan Hafiz yg juga mahu pulang ke Seremban menaiki komuter dari KL Sentral..setibanya di di sana,kami bertemu pula dgn rakan sekolahku Norma..sungguh tak disangka,seperti perjumpaan semula yg tidak dirancang sama sekali..kami pun menaiki komuter bersama dan pulang ke Seremban kecuali Norma yg memilih utk turun di stesen Kajang berbuka keluarganya..aku pulang dgn selamat..hatiku lega berbaur gembira dan gementar..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers