Pada 20 April 2016 yang lalu, Interlude Tapas Bar yang terletak di Kuala Lumpur mempersembahkan "The 4 Season's KL Fashion" seperti sebelum - sebelum ini pihak Interlude menampilkan Farel Mikhail pereka fesyen yang sedang meningkat naik untuk mempamerkan koleksi rekaan beliau "Victoria - Beauty & Luxury"
Farel Mikhail sebelum ini yang pernah memenangi beberapa anugerah hasil rekaan beliau antaranya anugerah Fesyen Terbaik di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 26 menampilkan pelbagai variasi busana wanita yang tampak mewah dan glamor.
Konsep "fashion show" terbaru yang disediakan pihak Interlude ini menampilkan pereka fesyen berbeza setiap minggu bagi mempamerkan koleksi rekaan masing - masing sepanjang acara. Ianya dipanggil "4 Seasons" kerana acara ini akan diadakan sepanjang tahun tanpa henti setiap minggu.
Pihak Interlude akan mencari "fashion designer" terbaik untuk setiap bulan dan pemenang akan berentap di peringkat "finale" untuk memenangi "grand title". Acara ini turut diserikan dengan kehadiran pelbagai tetamu kehormat dan artis seperti Dazrin Kamarudin dan lain - lain lagi. Acara yang berakhir lebih kurang jam 11.30pm itu telah berlangsung dengan cukup meriah dan jayanya. Syabas buat Farel Mikhail dan "team" beliau.
Klik di SINI untuk lebih banyak gambar.
Tulisan oleh : Azam Reddy
Jurugambar : Azam Reddy