Thursday, January 28, 2016

Keputusan Minggu 5 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5








Minggu KELIMA Project SG Musim ke - 5 kali ini diungguli oleh YANA. Tahniah diucapkan buat YANA dengan aksi cemerlang beliau minggu ini yang bertemakan "CATALOG MODEL" dengan markah sebanyak 97%!! SHA pula seperti minggu lalu berada di tangga kedua dengan 89% dan SHAH di tempat ketiga dengan 86%. Prestasi RUWAIDAH sedikit merosot pada minggu ini apabila beliau berada di kedudukan keempat dengan markah 82%. Berada di kedudukan dua terbawah adalah DHANIYA dengan markah 79% dan EPY yang TERSINGKIR pada minggu ini dengan perbezaan hanya 1 markah iaitu 78%. Buat EPY yang TERSINGKIR untuk minggu ini, perjalanan anda masih lagi jauh dan ambil setiap pengalaman selama berada dalam pertandingan sebagai satu pembelajaran yang sangat berharga buat anda!!


1 - YANA (97%)

Wednesday, January 13, 2016

Keputusan Minggu 4 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5






Minggu KEEMPAT Project SG Musim ke - 5 sekali lagi diungguli oleh RUWAIDAH. Tahniah diucapkan buat RUWAIDAH sekali kerana secara konsistennya menduduki carta pertama juri buat kali ketiga yang bertemakan "MODEL WHO CAN BE VERSATILE (TVC, PHOTOSHOOT, RUNWAY)" ini dengan markah penuh minggu ini sebanyak 100%!! SHA pula berada di tangga kedua dengan 92% dan YANA di tempat ketiga dengan 90%. Nampaknya minggu ini menunjukkan penguasaan peserta wanita dengan mereka mengungguli carta tiga teratas dan menyingkirkan dua lelaki di kedudukan terbawah. Buat DANNY dan SHAFI yang TERSINGKIR untuk minggu ini, anggap ini sebagai satu pengalaman berharga buat anda dan ini semua satu permulaan bagi kerjaya modeling yang lebih besar di luar sana. Kini hanya tinggal 8 perserta yang bakal bersaing.


1 - RUWAIDAH (100%)

Sunday, January 10, 2016

Selebriti Pilihan Reddy Bulan Januari 2016 - Azrel Ismail


Selebriti seterusnya yang dipilih untuk menghiasi ruangan "Selebriti Pilihan Reddy Bulan Ini" Ruangan ini asasnya bagi mengetengahkan bakat baru dalam industri. Jadi jom kita baca selebriti pilihan kali ini bagi bulan Januari 2016.

Membuka tirai 2016, nama yang diberi buat jejaka kacak ini ialah Azrel Ismail. Beliau dilahirkan pada 16 Januari 1984 dan bakal menganjak usia 32 tahun. Dengan raut wajah yang tampan, beliau memulakan tapak kerjaya seni beliau dengan memenangi Naib Juara dalam pertandingan "Pencarian Akhir Kacak Bergaya 2011". Wajah beliau mula menghiasi kaca TV dengan drama dan filem. Antara filem yang menampilkan beliau adalah 99 Kali Rindu, Laki - Laki dan lain - lain lagi. Drama lakonan beliau pula antaranya Cinta Buat Emelda, Fajar Di Bukhara, Memori Cinta 3, Takdir Cinta, Syurga Nur dan Oscar I Miss U, Si Montel dan beberapa telemovie seperti Nasi Ayam Duda, Apam Lemak Manis, Jangan Ambil Anakku dan banyak lagi.


Pemuda kelahiran Taiping, Perak ini mempunyai latar pendidikan dari Taylor College, Official Sidney Campus. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Pemasaran di sebuah hotel selama 8 tahun. Baru - baru ini Azrel Ismail terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah "EH Top 20" oleh majalah terkemuka EH. Azrel turut tercalon dalam pencalonan awal bagi Anugerah MeleTOP ERA 2016 bagi kategori "Artis Baru Meletop". Bakat anak muda ini akan terus menyinar dan itu telah membuatkan beliau telah terpilih sebagai "Selebriti Pilihan Reddy Bulan Januari 2016" pada kali ini. Tahniah Azrel Ismail, semoga terus sukses dalam industri seni Malaysia!!


Instagram : @azrelismail
Twitter : @azrelismail
Facebook : Azrel Ismail

Friday, January 8, 2016

Anugerah Mister Planet Malaysia 2016 Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy





Kepada semua followers dan finalis Mister Planet Malaysia 2016 kali ini. Anda berpeluang untuk menabalkan calon favourite anda bagi menerima "Anugerah Mister Planet Malaysia 2016 Pilihan Pembaca Blog Azam Reddy" melalui undian di blog Azam Reddy. Anugerah ini diwujudkan bagi memberi peluang buat pembaca blog ini menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon pilihan masing masing. Undian menerusi poll kini dibuka sehinggalah pertandingan ini selesai dan juara bakal ditabalkan.Teruskan undian anda dan promosi diri anda atau calon favourite anda mulai sekarang!! Caranya cukup mudah hanya pergi ke ruangan undian POLL di sebelah sisi kanan blog ini, TICK peserta pilihan anda (boleh memilih lebih dari seorang calon) dan hantarkan VOTE anda dengan klik pada butang VOTE. Mudah bukan? Teruskan sokongan anda buat kesemua finalis Mister Planet Malaysia 2016 ini!!

Sumber gambar : Facebook Rasmi Mister Planet Malaysia 2016


Thursday, January 7, 2016

Keputusan Minggu 3 : PROJECT SG: PRODIGIOUS MODEL SEARCH" SEASON 5















Tahniah diucapkan buat RUWAIDAH sekali lagi menduduki juara carta Minggu KETIGA yang bertemakan "MODEL WHO HAS HIGH FASHION LOOK" ini dengan 99%. Prestasi beliau berjaya mengulangi kejayaan di minggu pertama pertandingan . Namun DINIE yang nampaknya konsisten mempamerkan prestasi yang turut cemerlang mengekori rapat di belakang dengan 95%. Buat DANNY dan AHMAD SHAH yang berada di kedudukan "bottom two" masih belum terlambat untuk meningkatkan prestasi masing - masing dan lebih serius dalam pertandingan. Walaupun TIADA PENYINGKIRAN untuk minggu ini namun agak malang buat THIYA apabila nama beliau terpaksa digugurkan dari senarai peserta pada minggu ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan hasil keputusan sebulat suara juri.



1 - RUWAIDAH (99%)

Friday, January 1, 2016

Happy New Year 2016!!













Selamat Menyambut Tahun Baharu 2016 buat pembaca blog Azam Reddy dan yang mengenali diri ini. sebelum menjelangnya detik 12 tengah malam dan tahun baru 2016 menjengah...maka dengan ini lembaran buku tahun 2015 akan ditutup dengan ucapan syukur ke hadrat ilahi masih lagi diberikan ruang dan peluang utk bernafas dan berpijak di bumi ini bersama keluarga yg tersayang...dan setiap satu muka surat kesalahan harap dapat dipadamkan dengan memaafkan diri yg tak sempurna ini kalau ada silap dan salah yg tanpa sengaja atau tidak..dan kepada terasa hati atau marah dgn bahagian keterlajuran mohon dimaafi juga..kesimpulan yg dpt dibuat terima kasih buat semua yg pernah mencorakkan dan menulis setiap lembaran helaian buku 2015 saya...lots of love Azam Reddy...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers