Wednesday, March 13, 2013

"Aku Patut Tidur"


Salam buat semua pembaca blog AR...kali ni AR nak promote satu blog ni..blog ni baru bertapak dalam dunia blogger tak sampai sebulan pun...jadi tak salah jika AR mempromosi blog ini kepada follower blog AR supaya mengikuti 'follow' blog ini juga...tuan empunya blog "Aku Patut Tidur" yang lebih dikenali dengan nama KuAiMuhamad ini cukup terkenal dalam kalangan pengguna dan pengikutnya di laman Twitter..kali ini beliau lebih selesa meluahkan isi hati, buah fikiran atau karyanya dalam dunia blog pula...jadi kepada anda yang berminat untuk dibuai ayat ayat indah dalam bentuk prosa moden atau mungkin siapa tahu mengenali dengan lebih rapat lagi dengan tuan punya blog ini, sama sama kita lawati dan follow blog ini ya...terima kasih...weeeee~ :) 

Tuesday, March 12, 2013

Terjagaku Dari Lena Sayang


tersedar ku dari mimpi waktu subuh dinihari..oh alangkah indah mimpi ku ini tp sayangnya itu fantasi..bila perasaan dulit mimpi..perasaan takut dibawa pergi utk menemui realiti..sayangnya aku pada si dia yang kejauhan..semakin hari semakin menebal kerinduan..tidak pernah kesal tidak pernah bosan..meluahkan isi hati dan perasaan..ku coretkan nota sayang dan rindu..supaya tahu apa ertinya itu..ayat manis memikat jiwa sepenuh perhatian diri dijaga..tak dibiarkan setitis air mata jatuh di pipi..biar rapuh dan lembut hati ini..risaunya dia berkata tiada apa yang patut ditangisi..kedengaran comelnya hilai tawa dan perkataan yg diungkapkan..manis lagi ianya untuk disimpan dan disematkan..walau jarak memisahkan kita..walau masa mencumburui kita..biar cemburu terkadang menguasai jiwa..ku percaya suara cinta kita takkan pernah berhenti dari mendamba..sayang..


Thursday, March 7, 2013

Bila Dah Sayang



bila kita sayangkan seseorang..kita sanggup buat apa sahaja utk si dia..itupun selagi termampu...selagi hayat dikandung badan...bila kita dah sayang kita akan teringatkan si dia setiap hari setiap detik setiap masa..segala galanya pasti mengenai dia...bila dah sayang di fikiran kita hanyalah dia...tak pernah rasa susah bila bersama dia...walau di saat kita berduka dan bersedih dia pasti ada...bila dah sayang setiap hari kita akan mendoakan yg terbaik utk si dia termasuklah mendoakan supaya ikatan dan hubungan yg terjalin tak akan terputus dan goyah...hebatnya kuasa kasih sayang itu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Happy Birthday tickers