Assalamualaikum..Hoi Hoi Hoi..Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang ke - 53 Tahun..MERDEKA!! Satu Malaysia Menjana Transformasi...
Monday, August 30, 2010
Monday, August 9, 2010
Memori Yang Menggamit Semula di UiTM Sri Iskandar Perak Yang Tak Terlupakan – Menyambung Tugas Hakiki Pemimpin Mahasiswa
20 Jun 2010 (Ahad) - Aku sudah memulakan hariku seawal jam 6 pagi..bagasi besar sudah ku rapikan dan susun untuk dibawa sebentar lagi..hatiku sebenarnya masih berat,bukan kerana tiada keinginan untuk kembali semula ke Shah Alam atau sebagainya tetapi kerana mataku masih layu dan keletihan akibat kekurangan tidur malam semalam..aku gagahi mataku dan bersiap utk ke stesen komuter (KTM) Seremban..mujur kakakku ada utk menghantar ku ke sana..jam 7 pagi,aku seperti biasa membeli tiket bernilai RM6 utk ke KL Sentral..tidak begitu ramai kelibat manusia pada pagi itu,mungkin masih ramai yg diulit mimpi mimpi indah lagi..sekurang kurangnya aku lega kerana tren tidak sesak seperti kebiasaannya hari minggu..kemungkinan besar aku akan merasa terseksa jika tren dipenuhi lambakan manusia dan aku tidak mendapat tempat duduk dengan bagasi besar yg ku bawa bersama ini..
Aku terus menghayun langkahku ke tren hadapan sekali,entah mengapa aku sendiri tidak tahu..selesai mengambil tempat duduk dan meletakkan bagasi ku,tren itu pun bergerak menyusur rel nya yg panjang menuju ke destinasi ku iaitu di KL Sentral..setibanya di sana seperti biasa aku menarik bagasiku dan menunggu bas RapidKL U80 menuju pula ke Shah Alam..kini kaki ku sudah menapak di Seksyen 2 Shah Alam..terasa byk kenangan telah terpalit di sini..sebelum ke Kolej Seroja utk membuat pendaftaran kursus PMDS, aku pun singgah minum pagi sebentar di kedai berhampiran dan kemudian menyambung perjalanan ku ke Kolej Seroja yg letaknya di dalam kampus induk UiTM Shah Alam..
Seperti biasa juga setelah bas RapidKL T603 yg ku naiki berhenti di perhentian Kolej Seroja aku pun turun dan kelihatan beberapa teman lama ku yg antaranya ku anggap sebagai adik beradik ku sendiri sudah tiba di sana..kami pun mendaftar utk Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (KPMDS) yg pada kali ini dilakukan di UiTM Sri Iskandar Perak sekali lagi..sememangnya mengembalikan memori di sana suatu ketika dahulu semasa kami berKPMMS di sana utk sesi Disember 2009..beberapa pembaharuan juga dilakukan jika dahulu namanya dikenali sebagai Pembantu Minggu Mesra Siswa (PMMS) kali ini ditukar ke Pemimpin Minggu Destini Siswa (PMDS) selaras dengan matlamat Hal Ehwal Pelajar UiTM melahirkan mahasiswa yg berjiwa pemimpin..
Selesai mendaftar aku pun menaiki bas yg ke – 5 dan mengambil tempat duduk..terasa lega dan nyaman seketika…tidak perlu rasanya aku menceritakan pengalamanku sepanjang perjalanan di dalam bas..setibanya di UiTM Sri Iskandar Perak,aku pun membuat ‘check-in’ bilik bersama Aidil, Deqbang dan Kechik..jika dahulunya kursus PMMS Disember 2009 dilakukan di Kolej Pasir Salak, kursus pada kali ini pula mengambil tempat di Kolej Indera Sakti..tidak byk perbezaan yg begitu ketara dari segi stuktur fizikal kolej di situ tapi yg pasti ramai juga rakan rakan baru yg dapat aku kenali..semasa LDK aku telah diberikan nama kumpulan Jepun sempena bahang ‘World Cup 2010’ yg sedang berlangsung (kecewa juga tidak berkesempatan menonton)..aku pun melukis kartun Doraemon pada bendera kumpulan ku sebagai perlambangan Negara Jepun yg terkenal dgn Anime nya..
Aku tidak boleh menjadi ketua utk kumpulan ku pada kali ini kerana mungkin mereka ingin memberi kesempatan kepada muka muka baru utk menjadi ketua pula..pelbagai aktiviti diisi antaranya ‘Explorace’ dan lain lain..selesai pembahagian kumpulan LDK,tiba pula masa utk pembahagian mengikut Biro dan Kolej..gementar juga ketika itu,aku agak terkesima apabila namaku diumumkan dalam kelompok Biro Pendaftaran,pertama kali aku terkeluar dari kepompong Biro Program yg telah ku pegang selama ini..aku menerima keputusan itu dan menganggap itu sbg satu cabaran buatku..aku tidak boleh terus berada dalam takuk lama,harus berubah demi kebaikan dan pengalaman..
Seribu satu pengalaman aku telah perolehi dari MDS Julai ini..daripada pengalaman memberikan taklimat pendaftaran kepada adik adik baruku di Kolej Meranti, sehinggalah pengalaman melatih emcee atau pengacara majlis untuk majlis pusat..sungguhpun aku merasakan sedikit kelainan..rasa yg sangat berbeza..aku benar benar rindukan suasana yg dahulu..aku sendiri tidak tahu mengapa..sekian…
Subscribe to:
Posts (Atom)